Kerajaan Bersetuju Pelaksanaan Pemberian Dos Ketiga Vaksin COVID-19
Kerajaan Bersetuju Pelaksanaan Pemberian Dos Ketiga Vaksin COVID-19
Perkara ini diumumkan melalui siaran media Perdana Menteri Malaysia hari ini, 19 September 2021.
Dos ketiga ini dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan Covid-19 yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua.
Untuk itu, panel pakar perubatan dan kesihatan sedang membangunkan garis panduan pelaksanaan pemberian dos ketiga ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keutamaan pemberian dos ketiga ini akan tertumpu kepada kumpulan yang berisiko tinggi terlebih dahulu seperti anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun (immunocompromised), warga tua dengan komorbiditi dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang (long-term care facilities), apabila liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebihi 80 peratus.
Pakej Penjagaan COVID19 Untuk B40
Isi rumah B40 juga akan menerima Pakej Penjagaan Covid19 seperti berikut :
- pelitup muka guna semula (4 keping setiap keluarga)
- kit ujian kendiri covid19 (4 unit setiap keluarga)
- 1 pulse oximeter
- 1 termometer
- risalah kesihatan dan panduan penggunaan
Sumber: Siaran Media Perdana Menteri, DS Ismail Sabri