in

Lengkap 2 Dos Vaksin Mungkin Boleh Rentas Negeri & Luar Negara – PM

2 dos rentas negeri vaksin
ADVERTISEMENT

KUCHING: Individu yang telah melengkapkan suntikan 2 dos vaksin COVID-19 mungkin dibenar untuk rentas negeri malah mereka juga mungkin boleh ke luar negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata keputusan mengenai perkara itu akan dibuat pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Selain itu, katanya kerajaan juga memulakan rundingan dan perbincangan dengan beberapa negara bagi membolehkan rakyat Malaysia yang telah divaksin untuk ke negara berkenaan.

2 dos vaksin rentas negeri

“Saya akan bincang dalam mesyuarat MKN, kita akan membincangkan bahawa siapa yang sudah mendapat dua suntikan vaksin mereka akan boleh rentas negeri dan ke mana-mana dengan tidak dihalang oleh pihak berkuasa.

“Ini suatu (yang boleh) menggalakkan orang ramai (divaksinasi). Bukan sahaja dalam negara, kita sudah memulakan rundingan dengan beberapa negara untuk membolehkan warga kita yang sudah disuntik dua kali dan akan ada satu sijil supaya mereka boleh bergerak,” katanya pada sesi soal jawab program Sesi Balai Rakyat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di sini, pada Khamis.

Perdana menteri tiba di Sarawak pagi Khamis untuk lawatan kerja dua hari.

Baca juga: Gangguan Perkhidmatan Maybank Esok, 3 April 2021 (Sabtu)

Sumber: Buletin TV3

Setakat semalam, sebanyak 215,395 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah melengkapkan 2 dos suntikan vaksin mereka.

*Sumber: BERNAMA

P/S: Bagi yang teragak-agak nak terima vaksin, inilah masanya untuk kita mendaftar untuk terima 2 dos vaksin, barulah boleh rentas negeri nanti ya!

Tak kiralah sama ada anda ada install MySejahtera atau tidak, ada pelbagai cara daftar vaksin yang boleh dilakukan secara online mahupun offline.

Sila rujuk:

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Gangguan Perkhidmatan Maybank Jam 11.30 Malam Ini (3 April 2021)

jadual ilestari februari mac april 2021

Tarikh & Semakan Jadual Bayaran i-Lestari April 2021 (Bulan Terakhir)