Gangguan Perkhidmatan Maybank Jam 11.30 Malam Ini (3 April 2021)
KUALA LUMPUR: Maybank memaklumkan akan berlaku gangguan perkhidmatannya pada 3 April 2021 bermula jam 11.30 malam hingga 11.59 malam.
Bank itu dalam satu makluman di laman sosialnya berkata, perkhidmatan yang tidak dapat digunakan dalam tempoh itu adalah Maybank2u dan pembayaran dalam talian.
Gangguan Perkhidmatan Maybank Pada Hari Sabtu, 11.30pm – 11.59pm (3 April)
Perkhidmatan Maybank yang terlibat adalah seperti berikut:
- Maybank2u & Online Payments
- Maybank2u App
- MAE App
- QRPay Biz App
- Wealth App
- FPX Payment
- IVR
- Debit Card Transactions
- Automated Teller Machine (ATM)
- Smart Recycle Machine (SRM)
- Cheque Deposit Machine
Baca juga: Cara Semak Baki & Transfer Duit Ke ASB Melalui Maybank (Maybank2U)
Bagi mengatasi kesulitan yang berlaku sepanjang tempoh itu, pelanggan digalakkan melaksanakan urus niaga terlebih awal.
Dalam kenyataan tersebut, pihak Maybank juga memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh berhubung dengan pihak Maybank di [email protected].
*Sumber: Maybank