SOP Terkini Fasa 1 Sabah Benarkan ‘Dine-in’, Kedai Gunting Rambut & Aktiviti Sukan

SOP TERKINI PKP FASA 1 DI SABAH

Kerajaan Negeri Sabah akan melaksanakan Pelan Pemulihan Negara – Fasa 1 mulai 29 Jun 2021 dengan mengekalkan sebahagian besar Standard Operasi Prosedur (SOP) Negeri
Sabah PKP 3.0.

Namun berbeza dengan negeri-negeri lain di Semenanjung, beberapa aktiviti sosial dan ekonomi dibenarkan beroperasi.

Perkara ini dimaklumkan melalui sebuah kenyataan rasmi oleh YAB Ketua Menteri Sabah hari ini, 28 Jun 2021.

Baca juga: BSP 3.0: Semakan Kelulusan & Bayaran Bantuan Sabah Prihatin RM300


Menurut kenyataan tersebut, antara aktiviti yang dibenarkan dalam SOP terkini Fasa 1 di Sabah itu adalah ‘dine-in’ di dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel; gerai-gerai menjual sayur, ikan dan buah-buahan di tepi jalan raya.

Kedai Gunting Rambut turut dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP Fasa 1 mulai 29 Jun 2021.

Selain itu, aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal juga turut dibenarkan.

Sementera itu, aktiviti pembuatan dan perkilangan diperluaskan kepada getah, simen dan cat; kilang berasaskan kayu dan perabot.

Perincian Standard Operasi Prosedur (SOP) Negeri Sabah akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Baca juga: MyVac: Langkah Pendaftaran Sebagai Sukarelawan, Elaun RM100 Sehari

*Sumber: Facebook Hajiji Haji Noor (Ketua Menteri Sabah)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: