BSP 3.0: Semakan Kelulusan & Bayaran Bantuan Sabah Prihatin RM300

Sudahkah anda membuat semakan kelulusan Bantuan Sabah Prihatin (BSP 3.0) COVID-19 seperti yang diumumkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor pada 11 Jun 2021 yang lalu?

Untuk makluman, status kelulusan terkini sudahpun boleh disemak.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Sabah Prihatin (BSP 3.0) untuk panduan bersama.

Apakah BSP 3.0?

Ketua Menteri Sabah kerana telah memperuntukkan sekitar RM155 juta untuk Bantuan Sabah Prihatin 3.0 bagi membantu kelangsungan hidup rakyat negeri itu.

Bantuan one-off RM300 itu membabitkan seramai 370,432 penerima manakala bantuan bakul makanan adalah sebanyak 343,665.

BSP 3.0 adalah bantuan tambahan kepada RM238.36 juta yang sudah diagihkan menerusi BSP 1.0 dan BSP 2.0.

Siapa Penerima Yang Layak Menerima Bantuan Sabah Prihatin 3.0?

Golongan sasar seperti golongan miskin dan miskin tegar; e-Kasih; nelayan; petani; pekebun; penternak; anak yatim; orang tua; orang kelainan upaya (OKU); kanak-kanak; ibu tunggal; veteran ATM; pemandu bot, bas, lori dan teksi; usahawan mikro; penjaja kecil; pelajar; belia serta mereka yang menjalani kuarantin di rumah adalah antara yang layak mendapat manfaat daripada bantuan ini.

Kerajaan negeri turut tidak ketinggalan memberikan bantuan kepada pemandu pelancong; penggiat seni; divemaster; malim gunung dan porter; termasuklah pengusaha pelancongan; hotel dan penginapan jelas menunjukkan ‘no one is left behind’.

Kaedah Bayaran

Bayaran akan diagih tidak lama lagi kepada kumpulan sasaran melalui 8 kementerian di negeri itu selain Pejabat Tugas-Tugas Khas dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

bsp 3.0

Baca juga: Senarai Bantuan Yang Boleh Dimohon Untuk Meringankan Beban PKP 3.0

Cara Semakan Status Kelulusan

Untuk membuat semakan, anda boleh melakukannya secara online (atas talian) sahaja.

Langkah membuat semakan status kelulusan adalah seperti di bawah:

  1. Layari pautan https://bkn-covid.sabah.gov.my/bsp-semak/
  2. Isikan nombor kad pengenalan dan kod yang dipaparkan dalam ruang yang disediakan.
  3. Tekan butang Semak
  4. Status LULUS atau TIDAK LULUS atau TIDAK WUJUD akan dipaparkan. (Rujuk gambar di bawah).
bsp 3.0

Paparan status akan ditunjukkan seperti berikut:

Bantuan sabah prihatin 3.0

Baca juga: Help Desk MySejahtera: Semakan Maklumat Untuk Ibu Ayah Yang 60 Tahun Ke Atas Yang Belum Dapat Vaksin

Tarikh Bayaran

Tarikh bayaran Bantuan Sabah Prihatin (BSP 3.0) ini sudah mula dikreditkan mulai Julai 2021 secara berperingkat.

Maklumat Lanjut

Segala pertanyaan berkenaan dengan Bantuan COVID-19 boleh diajukan melalui laman web https://bkn-covid.sabah.gov.my/ atau Facebook Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah.

No telefon: 088 369430  

E-mel: [email protected] ATAU [email protected]

Untuk makluman terkini berkenaan pengurusan bencana COVID-19 Negeri Sabah, sila kunjungi laman sesawang command.sabah.gov.my

ATAU

Sila rujuk nombor telefon berdasarkan kategori Kementerian / Jabatan dalam jadual di bawah:

KEMENTERIAN/JABATANKATEGORINO. TELEFON
Kementerian Pertanian Dan Industri MakananPetani
Nelayan
Penternak
Pekebun Kecil Getah
Pekebun Kecil Koko
Pekebun Sawit LKTN SKPD
014 273 5075
Kementerian Kerajaan Tempatan dan PerumahanPenjaja KKTP011 5418 1400
Kementerian Kerja RayaPemandu Teksi
Pemandu Lori
Pemandu Bas
Pemandu Bot
Institusi Memandu
088 255375
Kementerian Pembangunan Luar BandarMiskin
Miskin Tegar
eKasih
088 219980
Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam SekitarPemandu Pelancong
Penggiat Seni
Divemaster
Malim Gunung
Porter
010 931 1409
Lembaga PelanconganFreelance Tour Guide088 212121088 218620088 219310014 957 8466
Jabatan Hal Ehwal WanitaIbu Tunggal011 3160 6200010 6614 265016 862 7653
Jabatan Perkhidmatan Kebajikan AmBantuan Am
Bantuan Anak Yatim
Kebajikan Persekutuan
Orang Kurang Upaya
Bantuan Orang Tua
Bantuan Kanak-Kanak
Pesara Tentera
019 811 3750012 837 4760
Jabatan Pembangunan Perindustrian Dan PenyelidikanUsahawan Mikro & Kotej011 2548 0688
Dewan Bandaraya Kota KinabaluPenjaja DBKK014 606 3808

Bantuan-Bantuan Lain Yang Diumumkan

Di bawah program Bantuan Prihatin Sabah 3.0 ini juga, beberapa lagi bantuan lain diumumkan antaranya:

  • Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah akan diberikan peruntukan lebih RM45.61 juta bagi membantu mereka yang memerlukan manakala Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri akan menerima lebih RM2.97 juta untuk membantu 3,325 penerima yang bergiat dalam industri pelancongan.
  • Hotel lima dan empat bintang serta penginapan akan menerima RM5,000 manakala hotel tiga bintang dan ke bawah menerima RM2,000; penginapan bertaraf tiga, dua dan satu bintang menerima 2,000; Persatuan Penginapan RM1,000 sementara hotel yang belum mendapat penarafan menerima RM1,000 serta pengusaha pelancongan RM2,000.
  • Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, Jabatan Hal Ehwal Wanita dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menerima peruntukan berjumlah RM19.33 juta dengan 64,449 penerima yang akan diuruskan oleh Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah.
  • Kementerian Pembangunan Industri pula telah diperuntuk sejumlah RM2.88 juta bagi membantu 9,600 penerima di bawah kategori usahawan mikro dan kotej.
  • Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah memperuntuk sejumlah RM15.12 juta sebagai bantuan sekali beri kepada 16,153 penjaja kecil dan pengurusan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan pengecualian bayaran sewa selama tiga bulan.
  • Kementerian Belia dan Sukan telah memperuntuk RM500,000 bagi membantu 15,000 penerima di bawah program bantuan Prihatin Dapur Belia 4.0 Majlis Belia Sabah manakala Pejabat Tugas-Tugas Khas akan memperuntuk sebanyak RM1.5 juta sebagai bantuan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di universiti awam dan swasta.
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: