Waktu Operasi Pejabat Pos Malaysia & Poslaju Terkini (Oktober 2021)
WAKTU OPERASI PEJABAT POS & POSLAJU TERKINI (DIKEMASKINI OGOS 2021)
Mulai 10 Oktober 2021, Pejabat Pos Malaysia dan Pos Laju telah mengemaskini waktu operasi di seluruh Malaysia.
Selain itu, Pos Malaysia turut memaklumkan bahawa 25 cawangan Pos Malaysia terpilih kini beroperasi 7 hari seminggu!
Berikut dikongsikan info terkini tentang waktu operasi Pejabat Pos di setiap negeri dan cawangan dalam tempoh PPN.
Senarai Cawangan & Waktu Operasi Poslaju Dalam Tempoh PKP
Menurut kenyataan Pos Malaysia terkini, mulai 10 Oktober 2021, waktu operasi sepanjang PKP adalah seperti biasa iaitu :
ISNIN – JUMAAT
- 8.30 pagi sehingga jam 5.30 petang *
SABTU
- 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari *
*Bergantung kepada lokasi cawangan
Berikut adalah 25 cawangan POS MALAYSIA yang akan dibuka SETIAP HARI (7 HARI SEMINGGU) mulai 11 Oktober 2021.
Waktu operasi bagi 25 cawangan ini adalah:
- Semenanjung Malaysia : 8.00 pagi – 8.00 malam (setiap hari)
- Sabah & Sarawak : 8.00 pagi – 7.00 malam (setiap hari)
Untuk melihat senarai cawangan dan waktu operasi Poslaju bagi setiap cawangan dalam tempoh PKP, sila rujuk senarai di sini: https://www.pos.com.my/pos-outlet-finder
Baca juga: Cara Renew Lesen Memandu Online (MyEG). Terus Sampai Depan Pintu!
Di sini anda boleh mencari outlet terdekat dengan lokasi anda dan waktu operasi serta perkhidmatan yang terdapat di situ.
Ini akan memudahkan anda untuk merancang perjalanan dan membuat temujanji sekiranya perlu.
Maklumat lanjut atau pertanyaan, sila ajukan kepada AskPos di pautan berikut: www.pos.com.my atau hubungi talian hotline Pos Malaysia Berhad di nombor +603 2267 2267.
*Sumber: Pos Malaysia Berhad