Koleksi Pantun Cinta Untuk Menawan Hati Si Dia
Koleksi Pantun Cinta Untuk Menawan Hati Si Dia ~ Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi memikat hati si dia yang dicintai. Salah satu cara yang mudah ialah melalui kata-kata dalam bentuk pantun. Si dia pasti tertarik dengan cara kreatif ini!
Tunggu apalagi, jom baca koleksi pantun cinta yang dikongsikan di bawah untuk memudahkan anda.
Apa itu Pantun?
Pantun adalah merupakan ungkapan dalam bentuk puisi pendek yang mempunyai dua hingga empat baris dengan ritma dan tema tertentu.
Biasanya bahasa yang digunakan mudah difahami serta boleh menarik perhatian pendengar untuk terus mendengar apa yang disampaikan atau membalasnya.
Pantun cinta pula apa?
Secara umumnya, pantun cinta adalah ungkapan cinta atau kasih seseorang kepada insan yang disayangi dalam bentuk yang menarik dan kreatif.
Cara ini boleh menjadikan hubungan anda bertambah erat dan tidak hambar. Si dia pun pasti merasa istimewa apabila menerima pantun cinta daripada anda!
Anda boleh hasilkan pantun cinta tulus daripada hati anda sendiri atau, rujuk sahaja koleksi pantun cinta di bawah ini.
BACA JUGA: Contoh Ucapan Hari Guru, Pantun & Puisi – Selamat Hari Guru!
15 Contoh Koleksi Pantun Cinta
Contoh 1
Terjumpa harimau di dalam hutan,
Segera lari takut dimakan,
Walau cinta banyak rintangan,
Kan ku jaga kau dengan kesetiaan.
Contoh 2
Kayu meranti kayu telugu,
Tumbuh anggrek jadi benalu,
Kamu menanti aku menunggu,
Menyatakan cinta rasanya malu.
Contoh 3
Burung terbang memburu ikan,
Cepat melayang ke angkasa,
Terus terang aku sampaikan,
Sudah lama menyimpan rasa.
Contoh 4
Putih susu si bunga selasih,
Tumbuh banyak saling bertindih,
Ku mahu kamu jadi kekasih,
Jangan ditolak, biarku tak sedih.
Contoh 5
Pulang ke desa bersama-sama,
Singgah sebentar di Surabaya,
Jika punya rasa yang sama,
Tolong terima cinta saya.
Contoh 6
Minum jamu sambil berdiri,
Diseduhnya di atas panci,
Bila hatimu masih sendiri,
Biarkan aku yang mengisi.
Contoh 7
Ada buaya jangan diganggu,
Buaya tidur tak punya nama,
Sudah lama aku menunggu,
Cintaku bila kau terima?
Contoh 8
Hari minggu membeli papan,
Papan ditampal dengan paku.
Ku menunggu penuh harapan,
Sudikah dikau menerima cintaku?
Contoh 9
Petang senja mengambil kayu,
Untuk dibuat menjadi bangku.
Bukannya tak nak cakap I love you,
Tapi ku takut kau menolakku.
Contoh 10
Bawa kurma di belakang unta,
Kurma setumpuk tidaklah ringan,
Jumpa pertama langsung cinta,
Semoga tak bertepuk sebelah tangan.
Contoh 11
Sebelum makan potong kuku,
Nasi dimakan bukan dicakar,
Jangan berpaling dari cintaku,
Kamu lari tetap ku kejar.
Contoh 12
Langit indah warna biru,
Terang bulan ingin dinikmati,
Di sini aku selalu menunggu,
Cinta suci sabar menanti.
Contoh 13
Orang islam harus sabar,
Supaya hidup selalu berkah,
Aku bukan cari pacar,
Tapi cari yang mau diajak nikah.
Contoh 14
Kejar pencuri pakai belati,
Orang yang takut langsung lari,
Kututup mata nampak di hati,
Cantik dirimu bagai bidadari.
Contoh 15
Ikan cucut,
Ikan hiu,
You’re so cute,
I love you.
Kesimpulan
Semoga koleksi pantun ini dapat membantu anda menawan hati si dia. Anda juga boleh dapatkan lebih banyak contoh pantun cinta yang menarik di sini.
BACA JUGA: Koleksi Ayat Pickup Line Sweet & Lawak – Pasti Si Dia Tertawan!