in

NADMA: Bantuan Kuarantin Covid-19 RM100 Sehari Bagi Yang Hilang Pendapatan

ADVERTISEMENT

Rakyat Malaysia yang berkerja tetapi kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian layak memohon bantuan NADMA daripada Tabung COVID-19 (Bantuan Khas Covid-19).

 “Masih ramai penduduk yang diarahkan kuarantin kerana Covid-19 dan terjejas pendapatan belum membuat permohonan bantuan yang disediakan, ” kata Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Mohamad Azhan Md Amir seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro, 15 Jun 2021.

Berikut dikongsikan syarat kelayakan, kadar bantuan, cara permohonan serta dokumen yang diperlukan.

Apakah Bantuan NADMA (Bantuan Khas Covid-19)?

Tabung COVID-19 dilancarkan untuk membantu mereka yang dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak COVID-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat COVID-19. 

Bagi tahun 2021, NADMA menguruskan 3 jenis bantuan untuk kes berkaitan Covid-19 di negara ini.

ADVERTISEMENT

PERMOHONAN BANTUAN TUNAI RM100 SEHARI TABUNG COVID19

Bantuan khas NADMA juga diberikan kepada warganegara yang terjejas pendapatan kerana arahan kuarantin Covid-19. Mereka diberikan RM100 untuk sehari dan maksimum 14 hari.

Kadar bantuan NADMA ialah RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).

Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Diingatkan jika pesakit sudah ada pendapatan tetap, anda tidak layak memohon kerana bantuan ini hanya untuk penduduk yang terjejas, sebagai contoh bekerja sendiri.

Permohonan / Semakan :
https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/

SUMBANGAN ONE-OFF RM5000 KEPADA WARIS YANG MENINGGAL DUNIA AKIBAT COVID-19

Bantuan ketiga ialah sumbangan ‘one off’ kepada waris kepada pesakit Covid-19 yang meninggal dunia sebanyak RM5,000.

Bantuan ini boleh dipohon oleh semua warganegara tidak mengira status ekonomi.

Jika seseorang itu meninggal kerana Covid-19 dan mempunyai surat pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), waris mereka boleh membuat permohonan segera.

Permohonan Bantuan Kuarantin NADMA RM100/Sehari

Bagi bantuan kuarantin COVID19 RM100 sehari, anda boleh mengisi borang di laman web NADMA. (Borang A & B)

Kemudian sertakan dokumen sokongan (surat kuarantin/hospital/IC/penyata gaji/sijil kematian jika meninggal).

Talian whatsapp ini khusus untuk penghantaran dokumen permohonan bantuan khas NADMA. Sebarang panggilan dan pertanyaan tidak akan dibalas. Sila baca garis panduan dengan teliti di link berikut sebelum mengemukakan permohonan.

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji kerana menerima arahan kuarantin dari kkm (annex14) bagi sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
  2. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19. 

Pemohon Yang Tidak Layak:

  1. Bukan Warganegara Malaysia.
  2. Tidak bekerja di Malaysia atau tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
  3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian/ menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

Baca juga: Permohonan Zakat Selangor Peduli ‘One-off’ Mulai 2 Julai 2021

Tarikh Permohonan

Hanya permohonan lengkap yang diterima NADMA layak untuk dipertimbangkan.

Tiada tarikh tutup yang dimaklumkan setakat ini.

Cara Permohonan

LANGKAH 1: DAPATKAN BORANG

Muat turun dokumen-dokumen di laman web NADMA : https://bkcovid19.nadma.gov.my/

  • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
  • Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C*jika tiada akaun bank

Muat Turun Borang Bantuan NADMA

1. Garis Panduan
2. Lampiran A
3. Lampiran B
4. Lampiran C

LANGKAH 2: SERTAKAN DOKUMEN

Sertakan dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  1. Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal)
  2. Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)
  3. Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah):
    • i) Bagi pemohon yang di bawah perintah Pengawasan dan Pemerhatian
      • Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM; dan
      • Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342);
    • ii) Bagi pemohon yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19 (warded)
      • Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19.
  4. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen Asal)
  5. Salinan penyata bank / muka depan buku akaun.** (Salinan Diakui Sah)

** sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, pemohon boleh memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.

Baca juga: Ujian Saringan Covid-19: Harga, Senarai Klinik & Prosedur Di Malaysia

LANGKAH 3: HANTAR

Permohonan lengkap dihantar melalui pos ke NADMA di alamat di bawah:

Ketua Pengarah

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

(u.p. : Sekretariat KWABBN)

LANGKAH 4: SEMAKAN STATUS

Anda boleh menyemak status Bantuan NADMA yang dimohon melalui laman web berikut: https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/

Bagi status ‘semakan masih diproses’, semakan seterusnya boleh dibuat dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh borang lengkap diterima oleh NADMA.

Kadar Bantuan NADMA & Cara Bayaran

Kadar bantuan NADMA ialah RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Bantuan NADMA ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

NOTA:

NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Maklumat Lanjut

Sila layari laman web http://www.nadma.gov.my/ms/bantuan/bantuan-khas-covid-19 untuk info terkini tentang Bantuan NADMA.

Sebarang pertanyaan, hubungi di nombor telefon 03-8870 4800  atau e-mel di [email protected]

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

kiosk kwsp i akaun

Cara Semak Baki & Daftar i-Akaun Di Kiosk KWSP (RHB, Bank Rakyat, CIMB, Maybank, UTC, Aeon dll)

jadual cuti sekolah 2021

Tarikh Cuti Umum 2021 & Jadual Cuti Sekolah Setiap Negeri Di Malaysia