e-Tunai Belia Rahmah RM200 : Syarat Memohon & Cara Menebus – Belanjawan 2023

Sukacita dimaklumkan kepada semua belia yang berumur 18 hingga 20 tahun, anda boleh menebus  e-Tunai Belia Rahmah sebanyak RM200 seperti yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2023 baru-baru ini. 

Kerajaan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah dengan peruntukan RM400 juta yang akan memberi manfaat kepada lebih kurang dua juta belia seluruh negara. 

Baca juga: Ujian Memandu Percuma Untuk Kelas B2,Teksi, Bas, eHailing – Belanjawan 2023

e-Tunai Belia Rahmah 

e-Tunai Belia Rahmah

e-Tunai Belia Rahmah adalah merupakan pengganti kepada e-Pemula, iaitu inisiatif tahunan kerajaan yang pernah ditawarkan sebelum ini dalam Belanjawan 2022.  Program ini bertujuan meringankan beban kewangan golongan belia selain membantu pemulihan perniagaan para pekedai fizikal serta menggalakkan transaksi tanpa tunai.

Sebelum ini, program tersebut telah memanfaatkan sekitar 2 juta belia rakyat Malaysia. Jumlah kredit ePemula yang diperuntukkan untuk setiap belia adalah bernilai RM150. Penerima boleh menggunakannya bagi pembelian melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.

Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (rewards points) dan ‘coins’. Penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ePemula tahun lepas adalah: BigPay; GrabPay; ShopeePay; dan Touch ‘n Go eWallet. 

Tahun ini (2023), jumlah bantuan yang kini dikenali sebagai e-Tunai Belia Rahmah dinaikkan kepada RM200 untuk setiap penerima. 

Tarikh Permohonan e-Tunai Belia Rahmah 

e-Tunai Belia Rahmah

Tarikh permohonan inisiatif  e-Tunai Belia Rahmah bagi tahun 2023 belum diumumkan dan akan dikemaskini kelak. 

Tahun lalu, permohonan kredit ePemula telah dibuka pada 11 April hingga 1 Jun 2022. Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 10 Jun 2022.

Selepas tarikh akhir ini, baki kredit ePemula yang tidak digunakan akan luput secara automatik dari e-dompet pemohon.

Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing- masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.

Syarat & Cara Memohon

Syarat-kelayakan yang pasti ialah penerima haruslah berusia 18-20 tahun. Syarat kelayakan yang lain serta cara permohonan belum diumumkan dan akan dikemaskini dalam masa terdekat. 

Baca Juga: Intipati Bajet 2023: Senarai Bantuan & 20 Inisiatif Penting

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut, anda boleh rujuk laman web rasmi Portal Belanjawan 2023 Malaysia Madani di pautan berikut: https://budget.mof.gov.my/manfaat/rakyat-kewangan.html

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: