Tarikh Bayaran Bulanan Bantuan JKM Online 2023 (eMaklum)

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah membangunkan satu Aplikasi Mudah Alih eMaklum JANM bagi membolehkan pengguna dikalangan penerima bayaran berkategori pembekal dan individu (termasuk penjawat awam di agensi persekutuan) bagi membuat carian dan menyemak status bayaran menerusi smartphone.

Penerima bantuan bulanan JKM khususnya boleh memanfaatkan portal ini dan membuat semakan tarikh bayaran dengan mudah untuk merancang kewangan pada setiap bulan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang fungsi / kegunaan eMaklum serta cara membuat semakan.

Apakah eMaklum?

Ia adalah sebuah sistem yang menghantar notifikasi status invois dan bayaran kepada penerima bayaran iaitu kategori pembekal dan individu (termasuk penjawat awam).

Pengguna portal ini merangkumi semua individu dan pembekal yang berurusan dengan Kerajaan (meliputi skop BEKALAN, PERKHIDMATAN dan KERJA). 

Contoh penerima bayaran termasuklah penerima bantuan JKM, guru ganti dan sebarang pembekal / perkhidmatan yang berurusan dengan kerajaan.

Peringatan : Hasil carian hanyalah untuk dokumen bayaran bagi tempoh tarikh bayaran pada 10 Julai 2021 dan selepasnya sahaja

Aplikasi eMaklum JANM ini boleh di muat turun untuk instalasi di smartphone masing-masing melalui platform App Store GAMMA, Google Playstore, Apple Appstore dan Huawei AppGallery.

Ciri Penambahbaikan eMaklum

Sistem eMaklum telah ditambahbaik dengan ciri carian seperti berikut:

emaklum janm
  • Tab “10/7/2021 dan Selepas”
    • Semua maklumat pembayaran yang akan dipaparkan di portal eMaklum adalah berdasarkan fail AP523 yang dijana selepas Pejabat Perakaunan membuat kelulusan EFT (ZIAP512).
    • Hasil carian adalah berdasarkan Tarikh Invois Pembekal pada 10 Julai 2021 dan selepasnya
    • Sekiranya anda tidak pasti Tarikh Invois Pembekal tersebut, sila pilih tempoh yang lebih panjang.
  • Tab “Sebelum 10/7/2021”
    • Semua maklumat pembayaran sebelum 10 Julai 2021 adalah berdasarkan program padanan maklumat invois dan maklumat pembayaran.
    • Hasil carian adalah berdasarkan Tarikh Invois Pembekal pada 9 Julai 2021 dan sebelumnya
    • Sekiranya anda tidak pasti Tarikh Invois Pembekal tersebut, sila pilih tempoh yang lebih panjang.

Mulai 30 Julai 2021, Sistem eMaklum hanya menyimpan maklumat notifikasi pembayaran bagi tempoh 18 bulan terkini sahaja. Selepas daripada tempoh tersebut, maklumat akan dikeluarkan secara automatik daripada sistem.

Adalah menjadi tanggungjawab tuan/puan untuk membuat sandaran terhadap maklumat tersebut dengan memuat turun ke dalam local hard disk atau external hard disk untuk kegunaan tuan/puan pada masa hadapan.

Cara Membuat Semakan Bayaran Bantuan Penerima JKM Melalui Portal eMaklum

Untuk penerima elaun JKM, anda boleh semak elaun dah masuk ke belum secara online melalui laman web e-Maklum JANM ni.

Cara mudah sangat dan tak payah beratur dekat bank dah lepas ni kalau nak semak elaun dah masuk ke belum.

Diharap dapat membantu sesiapa yang terima elaun JKM tu ya. Kesian orang-orang tua dari jauh dah beratur kat bank semata-mata nak check elaun JKM dah masuk ke belum kan.

Langkah-langkahnya seperti berikut:

  1. Layari laman web e-Maklum di pautan https://emaklum.anm.gov.my/
  2. Masukkan no ic
  3. Masuk no akaun bank yang anda terima elaun JKM tu
  4. Klik carian berdasarkan tu : Pilih no. akaun bank
  5. Pilih tarikh korang nak cek. contoh 1/1/2022 sehingga 7/1/2022
  6. Klik “Saya bukan robot” tu
  7. Nanti kalau data anda dah dihantar ke bank, keesokan hari tu mungkin akan masuklah elaun JKM anda.
  8. Jika dinyatakan ‘Tiada maklumat’ maksudnya data anda belum dihantar ke bank.

Rujuk gambar di bawah:

emaklum

Kat sini masukkan detail anda ye.
Lepastu pilih la tarikh.
Lepastu klik “saya bukan robot”
Lepastu klik cari

Haa ni contoh kalau data anda dah dihantar ke bank. Tengok dekat status bayaran tu ye.

Kalau dihantar maksudnya belum masuk . NI BELUM MASUK

emaklum

Ni contoh kalau dah confirm masuk bank ye. Status dia jadi macam ni. kalau dah keluar macam ni boleh la pergi bank cucuk kad ATM ye.

Kalau anda check keluar keputusan macam ni, maksudnya elaun JKM lambat lagi nak masuk. Mungkin data anda masih dalam semakan pihak JKM. Sabar la ye.

emaklum

Boleh muat turun perincian bayaran untuk rujukan dan simpanan rekod masing-masing.

Cara Semakan Melalui Aplikasi eMaklum

Bagi yang tidak dapat mengakses melalui laman web, anda juga boleh memuat turun aplikasi ini di Google Playstore untuk membuat semakan.

Berikut dikongsikan caranya:

  1. Muat turun aplikasi eMaklum (https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.emaklum&hl=ms&gl=US&pli=1)
  2. Tekan ‘Carian Dokumen’
  3. Masukkan nombor kad pengenalan
  4. Tekan ‘Jenis Carian’ – Pilih ‘No Akaun Bank’
  5. Masukkan nombor akaun bank anda
  6. Tarikh sebelah kiri masukkan tarikh pertama anda dapat bantuan JKM
  7. Tarikh sebelah kanan tak perlu isi apa-apa
  8. Tekan butang ‘Cari’
  9. Maklumat pembayaran akan dipaparkan

SEMOGA MEMBANTU…

Isikan maklumat carian dengan lengkap

Status terkini dan rekod bayaran JKM atau bantuan anda akan ditunjukkan seperti dalam gambar di bawah.

Contoh Cara Buat Semakan Bayaran Guru Ganti

Semakan Gaji Guru Ganti :

  1. Masuk laman web emaklum.anm.gov.my
  2. Masukkan No kad Pengenalan
  3. Masukkan No Akaun Bank untuk gaji Guru Ganti
  4. Klik pada kotak ‘Saya Bukan Robot’
  5. Boleh tengok senarai semua pembayaran yang telah dibuat.
    Penting : pembayaran gaji guru ganti melibatkan banyak pihak dan proses. Jika pihak sekolah telah menghantar baucar bayaran utk gaji guru ganti ke PPD. PPD akan proses dan selepas selesai, barulah paparan pada web emaklum akan dapat dilihat.
    Terima kasih.

Notifikasi status invois dan bayaran kepada penerima bayaran akan dihantar kepada emel penerima seperti yang terkandung di dalam maklumat invois. 

Bagi pembekal atau individu yang hanya mempunyai nombor telefon bimbit, notifikasi akan dihantar melalui SMS ke nombor tersebut.

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk FAQ di pautan https://emaklum.anm.gov.my/faq

Sila kemukakan nama syarikat, no pendaftaran syarikat, alamat, no telefon dan nama pusat pembayar atau nama Kementerian atau Jabatan yang anda berurusniaga, seterusnya keterangan aduan.

Sumber: Smart Ethic Resources, Guru Ganti KGSK Pasir Gudang

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: