in

Banjir Kilat Di Melaka & Negeri Sembilan, MetMalaysia Keluar Amaran Ribut Petir

banjir melaka
ADVERTISEMENT

BANJIR KILAT LANDA MELAKA & NEGERI SEMBILAN

Banjir Kilat Di Melaka

Sekurang-kurangnya 11 kawasan dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak tengah hari tadi.

ADVERTISEMENT

MPHTJ memaklumkan, antara kawasan yang terlibat ialah Taman Bukit Melaka, Kampung Telok, Taman Melawis, Kampung Sungai Putat, Taman Malim Permai, Taman Bukit Beruang Utama dan Kampung Bukit Tambun.

Perpustakaan Tehel dan Taman Sutera Wangi pula dilaporkan dilanda banjir lumpur.

Selain itu, turut terlibat ialah Jalan Lebuh Ayer Keroh dan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dengan paras air dilaporkan sehingga paras lutut.

Dalam pada itu, MPHTJ memantau beberapa lokasi lain seperti Taman Bukit Beruang Bestari, Kampung Lubok Kasau dan Kampung Paya Keladi.

banjir kilat melaka negeri sembilan

Banjir Kilat Di Negeri Sembilan

Sementara itu, beberapa lokasi di daerah Seremban dan Port Dickson turut mengalami kejadian banjir kilat ekoran hujan lebat sejak tengah hari tadi.

Tinjauan mendapati, beberapa kawasan seperti di Mambau dan Ampangan dinaiki air selain kawasan Jimah di Port Dickson.

Difahamkan, turut berlaku beberapa kejadian pokok tumbang di Labu dan juga di Taman Bukit Chedang yang turut menyebabkan kesesakan jalan raya.

Berikut adalah amaran ribut petir terkini yang dikeluarkan oleh MetMalaysia setakat jam 4-6 petang ini.

Baca juga: [Video] Anggota Bomba Lemas Ketika Bantu Mangsa Banjir Di Sg Putat

banjir melaka

Hujan Lebat, Banjir Dijangka Landa Negara Dari November – Januari 2022

Sebelum ini dimaklumkan oleh METMalaysia bahawa empat hingga enam episod hujan lebat yang signifikan dan boleh menyebabkan kejadian banjir, dijangka berlaku dalam fasa awal Monsun Timur Laut iaitu dari November ini hingga Januari 2022.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, tempoh Monsun Timur Laut 2021/2022 diramal bermula pada awal November ini sehingga Mac 2022.

“Di Kelantan, Terengganu dan Pahang, episod hujan lebat berlaku antara November hingga Disember 2021. Sementara, mulai Disember 2021 hingga Januari 2022, episod hujan lebat dijangka lebih tertumpu di Johor, Sabah dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sumber: Utusan Malaysia

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Deepavali 2021 : Tarikh Cuti Tambahan Sekolah KPM / Cuti Umum Negeri

tarikh buka sekolah fasa 4

RASMI: Tarikh Buka Sekolah Mengikut Fasa PPN & SOP Kehadiran Murid