in

[Video] Anggota Bomba Lemas Ketika Bantu Mangsa Banjir Di Sg Putat

ADVERTISEMENT

Seorang anggota Bomba lemas ketika operasi menyelamat dan membantu mangsa banjir di Sungai Putat sebentar tadi.

Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dihanyut arus deras ketika sedang menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, Batu Berendam, Melaka.

ADVERTISEMENT
Bomba lemas sg putat

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa dikatakan sedang memasang tali di kawasan banjir berkenaan untuk membantu penduduk kampung keluar daripada kediaman masing-masing.

Pasukan bomba terpaksa terpaksa mengambil masa hampir 10 minit untuk membantu mangsa yang dipercayai pengsan ekoran arus air yang terlalu deras.

Mangsa kemudian diberi bantuan pernafasan (CPR) sebelum dibawa ke hospital menaiki Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bomba.

Sumber: Orang awam

Diahamkan sekurang-kurangnya 11 kawasan dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak tengah hari tadi.

MPHTJ memaklumkan, antara kawasan yang terlibat ialah Taman Bukit Melaka, Kampung Telok, Taman Melawis, Kampung Sungai Putat, Taman Malim Permai, Taman Bukit Beruang Utama dan Kampung Bukit Tambun.

Perpustakaan Tehel dan Taman Sutera Wangi pula dilaporkan dilanda banjir lumpur.

UPDATE : KENYATAAN MEDIA PENGARAH Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka

Dukacita dimaklumkan bahawa PBK II (KUP) Mohd Diya bin Che Jusoh, anggota bomba yang terlibat dalam kejadian lemas di Sungai Putat, Melaka telah meninggal dunia pada jam 3.11 pagi di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka.

Sumber : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka

Kredit: Astro Awani

Baca juga : Banjir Kilat Di Melaka & Negeri Sembilan, MetMalaysia Keluar Amaran Ribut Petir

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tarikh buka sekolah fasa 4

RASMI: Tarikh Buka Sekolah Mengikut Fasa PPN & SOP Kehadiran Murid

Kerajaan Bakal Laksanakan Identiti Digital Nasional Elak Penipuan