6 Fungsi Telegram Yang Tiada Di Whatsapp, Siap Boleh Baca Al-Quran

Mungkin ada yang belum tahu tentang kelebihan Telegram yang tiada pada aplikasi permesejan yang lain. Statistik juga menunjukkan pengguna Whatsapp di Malaysia lebih 50 peratus berbanding aplikasi lain.

Namun masih ramai di antara kita yang selesa dan gemar menggunakan aplikasi Telegram bagi tujuan kerja atau menyertai group-group di aplikasi ini.

Telegram dikatakan lebih mempunyai privasi kerana kita tidak perlu mendedahkan nombor telefon sekiranya menyertai sesuatu group atau channel.

Namun tahukah anda, selain daripada menyertai pelbagai jenis group dan channel di aplikasi Telegram ini, sebenarnya kita boleh lakukan pelbagai perkara lain juga tau. Aplikasi Telegram menyediakan beberapa fungsi lain yang memberi manfat kepada pengguna.

Fungsi yang dikenali sebagai bot ni merupakan kecerdasan buatan atau AI yang boleh lakukan macam-macam fungsi seperti mengajar, menyiar, mengingatkan, memainkan sesuatu, malah berhubung dengan pelbagai servis.

Perkara ini telah dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna Twitter iaitu @littlesyaaa . wanita ini berkongsi enam jenis bot dengan fungsi berbeza, yang boleh digunakan di aplikasi Telegram untuk memudahkan kerja kita.

6 Fungsi Telegram Yang Tiada Di Whatsapp

1.Pandaibot

fungsi telegram
Kredit foto: Twitter @littlesyaaa

Dengan menggunakan Pandaibot, kita boleh mengesan parcel kita di semua kurier.

Selain itu, kita juga boleh semak weathet forecast, waktu solat, cari aplikasi untuk menderma dan pelbagai lagi perkara yang bermanfaat.

2.Quran Bot

fungsi telegram
Kredit foto: Twitter @littlesyaaa

Untuk anda yang ingin membaca dan mendengar bacaan Al-Quran dari pelbagai negara, anda boleh gunakan bot ini.

Semua jenis surah dan dan waktu solat telah disediakan di dalam ini. Tidak perlu suah-susah untuk memuatnaik aplikasi lain.

3.Jawigram

fungsi telegram
Kredit foto: Twitter @littlesyaaa

Tak sangka, tulisan jawi pun turut dimuatkan di dalam aplikasi Telegram ini. masukkan sahaja perkataan dalam Bahasa Melayu.

Bot uni akan auto generate ke dalam tulisan jawi.

Pastikan anda menggunakan bahasa Melayu yang baku ya supaya muda untuk jawibot ini kesan perkataan yang anda gunakan.

4.Office2pdf

fungsi telegram
Kredit foto: Twitter @littlesyaaa


Untuk convert segala jenis fail kepada PDF, anda boleh gunakan bot ini. Antara contohnya adalah fail words, jpg dan banyak lagi.

5.PDF Bot

fungsi telegram
Kredit foto: Twitter @littlesyaaa

PDF bot adalah untuk merge atau gabungkan PDF files menjadi satu fail. Buat sahaja di Telegram. Senang betul!

6.Voicy

fungsi telegram
Kredit foto: Twitter @littlesyaaa


Voicy bertujuan untuk convert suara kepada perkataan.

Bot ini sangat memudahkan anda yang tidak suka menaip. Sebelum bercakap, pilih dulu bahasa yang kita ingin tuturkan supaya mudah untuk bot tersebut kesan bahasa kita.

Baca juga: Cara Buat Folder Telegram & Whatsapp. Senang Cari, Tak Perlu Scroll

Semua kemudahan yang kita perlukan sudah disediakan di dalam satu aplikasi sahaja.

Macam-macam perkara kita boleh buat di Telegram. Selepas ni tak perlu pening-pening dah download pelbagai aplikasi lagi.

https://twitter.com/littlesyaaa/status/1419254597210705924

Sumber: Twitter @littlesyaa

Baca juga: Penuh Teka-Teki, Ini 5 Filem Misteri Hollywood Yang Berbaloi Ditonton

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: