Cara Buat Folder Telegram & Whatsapp. Senang Cari, Tak Perlu Scroll

CARA BUAT FOLDER TELEGRAM & WHATSAPP DALAM HANDPHONE

Sejak bermula kelas online / PdPR, memang ibu ayah kenalah berkorban dan ‘kongsi’ Whatsapp atau Telegram untuk hal-hal kerja sekolah dan tugasan anak-anak.

Kalau anak seorang mungkin tak pening sangat. Tapi bila ada 2-3 orang anak, setiap orang pula ada 7-8 subjek dan ada group masing-masing… Hah, pening juga bila nak cari balik kerja atau nota-nota lama tu kan?

Baca juga: Cara Rakam Video Google Meet Untuk PdPR (Boleh Tonton Bila-bila)

Tujuan Buat Folder

Tujuan folder di buat adalah untuk kemaskan Telegram atau Whatsapp kita.

Jadi mudahlah kalau kita asing-asingkan. Contoh ada folder untuk kelas, nota kelas, kerja sekolah dan lain-lain.

Lebih mudah kita nak cari nanti bila ia diasingkan ikut folder masing-masing, jadi tak perlulah kita nak kena scroll untuk mencari nanti!

Di sini kami kongsikan cara buat folder Telegram & Whatsapp dengan mudah.

Semoga bermanfaat!

i) Cara Buat Folder Telegram

Cara buat folder Telegram ini dikongsikan oleh Fatimah Ramlan melalui Facebook.

Berikut adalah langkahnya:

  1. Mula-mula tekan ikon 3 baris dekat sebelah kiri tu.
  2. Kemudian tekan SETTINGS
  3. Tekan FOLDERS
  4. Lepas tu CREATE NEW FOLDER
  5. Namakan FOLDER yang kita nak dan tekan SAVE.
    Siap!

Boleh rujuk langkah bergambar di bawah ini:

Ini ikon 3 baris tu.

cara buat folder telegram

Lepas tu cari SETTINGS.

cara buat folder telegram

Kemudian pilih FOLDERS.

cara buat folder telegram

Tekan CREATE NEW FOLDER.

cara buat folder telegram

Rename folder tu ikut apa yang kita nak bubuh dekat situ.

Dah siap jangan lupa SAVE!

cara buat folder telegram

Siap. Lagi mudah nak tengok nanti kan?

*Kredit: Fatimah Ramlan

ii) Cara Buat Folder Whatsapp

Seterusnya kita tengok pula cara nak buat folder Whatsapp yang dikongsikan oleh Izyan Alias di Facebook.

So senang cikgu dan parents nak manage group chat PDPR anak-ana..

Cara-caranya :

  1. Mula-mula, tekan pada Group Whatsapp sampai keluar tanda ✅
  2. Kemudian, tekan ikon tiga titik di bahagian kanan atas tu.
  3. Tekan Add Chat Shortcut.
  4. Akhir sekali, nanti groupkan semua shortcut chat tu dalam 1 Folder.
    Siap!

Boleh rujuk gambar di bawah:

Mula-mula tekan lama dekat Group tu sampai keluar tanda tick hijau macam ni.

cara buat folder whatsapp

Lepas tu tekan ADD CHAT SHORTCUT.

cara buat folder whatsapp

Nanti groupkan semua dalam folder macam ni OK!

cara buat folder whatsapp

Senang nak tengok nanti kan?

*Kredit: Izyan Alias

NOTA:

Setakat ini cara ini hanya boleh dibuat di Android.

Jika pengguna iPhone tahu macam mana nak buat folder untuk Whatsapp, bolehlah kongsikan di ruang komen ya!

Baca juga: Hotspot Tracker MySejahtera: Cara Kesan Kes COVID19 Dari 1km Radius

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: