in

Borang Persetujuan Suntikan Vaksin Covid-19 Kanak-kanak Bawah 18 Tahun

ADVERTISEMENT

PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN REMAJA (PICK REMAJA)

Seperti yang diumumkan oleh YB Menteri Kesihatan dan YB Menteri Kanan (Kluster Pendidikan dan Sumber Manusia) dalam program “Kick-Off” Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja, KKM menyasarkan pemberian vaksin kepada kanak-kanak kumpulan remaja berusia 12 hingga 17 tahun sebagai persediaan menjelang pembukaan sekolah dengan selamat.

Usaha ini bagi memastikan risiko jangkitan di sekolah dapat dikurangkan dan seterusnya mencegah kejadian kes dan kluster di kalangan warga sekolah;

ADVERTISEMENT

Statistik menunjukkan trend peningkatan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak (0-18 tahun) di Malaysia adalah membimbangkan.

Turut membimbangkan adalah statistik kematian di mana 67 kematian dalam kalangan kanak-kanak telah dilaporkan pada tahun 2021 (sehingga 19 September 2021) berbanding enam (6) kematian pada tahun 2020.
Justeru, KKM menyasarkan supaya;

  • 60% daripada kanak-kanak remaja berusia 12 hingga 17 tahun mendapat sekurang-kurangnya satu (1) dos vaksin menjelang bulan November 2021; dan
  • 80% daripada mereka yang layak divaksinasi mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah memberikan kelulusan bersyarat kepada semua kanak-kanak remaja yang telah mencapai umur 12 tahun DAN ke atas untuk divaksinasi.

Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan penjaga dinasihatkan untuk mendaftarkan anak-anak mereka yang layak menerusi institusi-institusi pendidikan masing-masing DAN melalui aplikasi MySejahtera dengan kadar yang segera.

Institusi-institusi pendidikan, perlindungan, pemulihan dan tahanan dikehendaki mendaftar institusi masing-masing melalui portal vaksinanakku.herokuapp.com bagi membolehkan penjadualan vaksinasi dibuat untuk kanak-kanak yang berada di institusi masing-masing oleh Pejabat Kesihatan Daerah.

Bagi kanak-kanak di luar institusi, pendaftaran vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera adalah diperlukan.

Sila rujuk : Cara Daftar Vaksin Untuk Pelajar 12 Tahun Ke Atas Di MySejahtera

Seperti ubat-ubatan lain, vaksin COVID-19 juga mempunyai kesan-kesan sampingan yang pada kebiasaannya adalah ringan danpulih dalam masa yang singkat (self-limiting).

Walau bagaimanapun, KKM ingin menegaskan bahawa faedah mengambil vaksin COVID-19 ini adalah jauh lebih bermanfaat berbanding kemudaratan akibat jangkitan COVID-19 tersebut.

Perkara / Kesan Yang Perlu Diberi Perhatian Selepas Kanak-kanak Mendapat Vaksin

Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian kepada kanak-kanak selepas mendapat suntikan vaksin COVID-19;

  • Kemungkinan sakit dan bengkak di tempat suntikan, penat, sakit kepala, sakit otot, menggigil, dan demam;
  • Radang jantung (myocarditis) dan radang selaput jantung (pericarditis) adalah kesan yang sangat jarang berlaku, di mana;
  • Kebiasaannya berlaku selepas menerima dos kedua;
  • Kebiasaannya berlaku beberapa hari selepas divaksinasi;
  • Lebih kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak lelaki;
  • Walau bagaimanapun, risiko myocarditis dan pericarditis ini adalah lebih rendah berbanding risiko untuk berlaku radang jantung yang disebabkan oleh jangkitan COVID-19, di mana ianya adalah 37 kali ganda lebih tinggi;
  • Ibu bapa perlu mengawasi gejala-gejala awal seperti sakit dada, kesukaran bernafas, dan jantung berdegup laju selepas anak menerima vaksin untuk segera mendapatkan penilaian kesihatan dan rawatan; dan
  • Pengawasan perlu dilakukan supaya kanak-kanak tidak melakukan aktiviti lasak dalam tempoh seminggu selepas vaksinasi.

Sekiranya ibu bapa dan penjaga terdapat sebarang pertanyaan tentang program vaksin COVID-19 ini, dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan kanak-kanak atau pegawai perubatan yang bertauliah bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Muat Turun Borang Persetujuan Suntikan Vaksin Covid-19 Kanak-kanak Bawah 18 Tahun

Berikut merupakan borang persetujuan suntikan vaksin COVID-19 (untuk kanak-kanak di bawah umur 18 tahun) dan surat perwakilan ibu bapa / penjaga kepada individu membawa kanak-kanak menerima vaksin COVID-19.

MUAT TURUN BORANG BAHASA MELAYU

MUKASURAT 1

Borang persetujuan vaksin kanak-kanak

MUKASURAT 2

Borang persetujuan vaksin kanak-kanak

MUAT TURUN BORANG BAHASA INGGERIS

Borang persetujuan vaksin kanak-kanak

PAGE 1

Borang persetujuan vaksin kanak-kanak

PAGE 2

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

permohonan kuarantin online di rumah

Permohonan Kuarantin Di Rumah Online KKM : Syarat & Cara Mohon

Pulau Pangkor, Pulau Redang, Pulau Tioman Dan Pulau Perhentian Akan Dibuka Dalam Masa Terdekat!