Ujian Penilaian Kelas KAFA: Jadual Peperiksaan UPKK 2022
Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM telah mengeluarkan Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun 2022.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang jadual pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA bagi tahun 2022 untuk makluman guru-guru, ibu bapa dan khususnya para pelajar.
Apakah Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)?
Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) adalah peperiksaan yang dikelolakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Peperiksaan ini akan diduduki oleh murid Tahun 5 di Sekolah Agama KAFA.
Ia merupakan salah satu kesinambungan antara akademik dan Fardhu Ain Pelajar.
Peperiksaan ini dijalankan melalui kaedah amali, lisan dan ujian bertulis.
8 Subjek UPKK
Bidang-bidang yang dinilai melalui subjek peperiksaan UPKK adalah:
- Al-Quran.
- Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadat ).
- Sirah
- Adab (Akhlak Islamiyah )
- Jawi dan Khat
- Asas Lughatul Quran
- Penghayatan Cara Hidup Islam.
- Amali Solat
Kaedah Penilaian UPKK 2022
Terdapat 3 kaedah penilaian yang akan dilaksanakan iaitu:
- LISAN & AMALI:
- Amali Solat
- Penghayatan Cara Hidup Islam
- AL-QURAN
- Tadarus dan Tilawah Al-Quran
- Hafazan dan Tafsir Al-Quran
- UJIAN BERTULIS
- Ulum Syari;ah (Aqidah & Ibadah)
- Sirah
- Jawi dan Khat
- Adab Kertas 1 / 2
- Lughah Al-Quran
Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2022
Berikut dikongsikan Jadual Waktu Peperiksaan UPKK bagi Tahun 2022.
9 MEI – 30 SEPTEMBER 2022*
- Amali Solat
- Penghayatan Cara Hidup Islam
*Dilaksanakan sepanjang waktu persekolahan dalam tempoh masa dan tarikh yang ditetapkan
10 OKTOBER – 31 OKTOBER 2022
- Tadarus dan Tilawah Al-Quran
- Hafazan dan Tafsir Al-Quran
29 NOVEMBER – 5 DISEMBER 2022
- Ulum Syariah (Aqidah & Ibadah)
- Sirah
- Jawi dan Khat
- Adab Kertas 1
- Adab Kertas 2
- Lughah Al-Quran
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Tarikh-tarikh Penting UPKK 2022
Berikut merupakan tarikh-tarikh penting UPKK dari proses pendaftaran calon, pengemaskinian maklumat dan semakan nombor giliran serta keputusan peperiksaan.
Semua maklumat ini boleh dimuat turun melalui Portal SIMPENI JAKIM.
Baca juga: Semakan Pendataran & Keputusan UPKK (Portal SIMPENI)
Login / Daftar Portal SIMPENI
Sila rujuk langkah berikut untuk login / daftar ke Portal SIMPENI.
- Layari laman web https://simpeni.islam.gov.my/
- Pilih button “log masuk”
- Masukkan ID Pengguna : (no kad pengenalan) tanpa (-) cth 70020810XXXX
- Kata Laluan : (no kad pengenalan) tanpa (-) cth 70020810XXXX
- Kata Laluan : (no kad pengenalan) tanpa (-) cth 70020810XXXX
- Klik pada Senarai Menu Keputusan UPKK / MPKAFA
Baca juga: BKM Tambahan RM300 – RM500 & Tarikh Bayaran