Wang Pendahuluan PTPTN: Semakan & Cara Menunaikan WPP

Wang Pendahuluan PTPTN | Semakan & Cara Menunaikan WPP

Kepada para pelajar yang berjaya mendapatkan tawaran UPU dan bakal melanjutkan pelajaran di universiti, tahukah bahawa anda boleh memohon wang pendahuluan pinjaman PTPTN sebanyak RM1,500 bagi membantu persediaan kemasukan ke universiti?

Berikut dikongsikan lebih lanjut info mengenainya. 

Wang Pendahuluan PTPTN: Semakan & Cara Menunaikan WPP

Apa Itu Wang Pendahuluan PTPTN?

Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) adalah merupakan wang pendahuluan berjumlah RM1,500 yang diberikan kepada pelajar yang layak sebelum mereka mendaftar di IPT seluruh Malaysia. 

Ini adalah bagi membantu dan beban kewangan ibu bapa para pelajar membuat persediaan sebelum memasuki universiti. 

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sentiasa berusaha untuk membantu serta menjaga kebajikan pelajar yang akan memasuki Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dengan menyediakan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP).

Namun, perlu diingatkan bahawa WPP bukanlah diberikan secara percuma.

Pemotongan sebanyak RM500.00 setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik apabila pinjaman diluluskan. 

PTPTN telah menyediakan peruntukan berjumlah RM64.42 juta kepada seramai 42,946 pelajar yang telah berjaya melanjutkan pengajian peringkat Diploma di IPTA bagi kemasukan sesi Julai 2023.

Wang Pendahuluan PTPTN: Semakan & Cara Menunaikan WPP
Wang Pendahuluan PTPTN: Semakan & Cara Menunaikan WPP

Syarat Kelayakan Menerima WPP

Berikut ialah syarat-syarat kelayakan untuk menerima WPP:

  • Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP
  • Pelajar adalah Warganegara Malaysia
  • Ibu bapa/ Penjaga/ Pelajar adalah Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  • Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan Politeknik sahaja
  • Pelajar tidak mempunyai hutang WPP

Cara Memohon

Untuk memohon, para pelajar perlu membuat pengesahan setuju terima WPP yang dibuat semasa permohonan kemasukan ke IPT iaitu sama ada melalui Portal UPU atau IPT.

Semakan Wang Pendahuluan PTPTN

Sekiranya sudah membuat permohonan, anda boleh membuat semakan di portal rasmi PTPTN melalui pautan berikut: https://www.ptptn.gov.my/semakanwpp/ 

Selain itu, anda juga akan dimaklumkan melalui SMS dan emel juga dibuat berdasarkan nombor telefon bimbit beserta alamat emel yang dikemaskini semasa permohonan kemasukan ke IPT.

NOTA: Jika LAYAK, pastikan anda tunaikan wang tersebut sebelum tarikh akhir. WPP boleh ditunaikan dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh surat tawaran WPP;  bermula 18 Julai 2023 hingga 18 September 2023.

Cara Menunaikan WPP PTPTN

WPP boleh ditunaikan di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa beberapa dokumen seperti berikut:

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila rujuk laman web rasmi PTPTN di pautan berikut: https://www.ptptn.gov.my/wang-pendahuluan-pinjaman-wpp/ 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: