BKM Tambahan : Semakan, Tarikh & Jumlah Bayaran

BKM TAMBAHAN

Susulan pengumuman khas Perdana Menteri, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3 akan mula dikreditkan pada 20 September 2022 secara berperingkat.

Berikut kami kongsikan info lanjut tentang syarat kelayakan, jumlah tambahan serta kaedah dan tarikh bayaran BKM Tambahan yang dimaksudkan tersebut.

Sila rujuk maklumat penuh melalui lampiran di bawah:

Apakah BKM Tambahan?

Sudahkah anda membuat semakan status kelayakan anda di laman web BKM?

Jika ya, anda akan nampak bahawa di bahagian butiran akan tertera maklumat berikut:

  • Amaun Kelulusan Asas
  • BKM Tambahan (jika layak)

Amaun BKM Tambahan akan dipaparkan seperti dalam anak panah merah pada gambar di bawah ini:

bkm tambahan

BKM Tambahan Untuk Ibu Tunggal & Warga Emas

Sebelum ini, kadar tambahan BKM sebanyak RM300-RM500 diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas

Jumlah Kelayakan & Kadar Bayaran BKM Tambahan

Ini bermaksud, mereka yang layak akan menerima jumlah berikut:

bkm tambahan

Tarikh Bayaran

Tarikh pembayaran bagi amaun tambahan ini adalah ditetapkan

Fasa 1 : 28 Mac 2022

  • Isi rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
  • Bujang

Fasa 2: 27 Jun 2022

  • Isi rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

Fasa 3 : 20 September 2022

  • Isi rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
  • Bujang

Fasa 4 : Disember 2022

  • Isi rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

Baca juga:

bkm tambahan
bkm tambahan

Apakah Bantuan Tunai Tambahan (BTT)?

Bantuan Keluarga Malaysia BKM Tambahan Fasa 2 Mulai 27 Jun 2022 melibatkan pembayaran seperti berikut:

  • RM100 (Isi rumah B40)
  • RM50 (Bujang B40)

Tarikh Bayaran BTT

Bayaran Tambahan akan dibuat bersama bayaran Fasa 2.

Bayaran BTT ini telah dibuat pada 27 Jun 2022 secara berperingkat.

Infografik mengenai pengumuman Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 dan Bantuan Tunai Tambahan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob boleh dirujuk melalui lampiran di bawah:

Maklumat Lanjut

Rujuk jumlah bayaran & info lanjut BKM

Borang

FAQ

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: