Semakan Rayuan BKM & Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima
RAYUAN BKM & JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA BAGI PEMOHON BERSTATUS LULUS
Semakan status LULUS RAYUAN BKM telahpun boleh disemak mulai 20 SEPTEMBER 2022.
Difahamkan pengguna media sosial telahpun berkongsi status rayuan mereka yang LULUS dan ada juga yang telah mendapat amaun tambahan setelah membuat rayuan dan mengemaskini maklumat di laman web BKM dalam tempoh yang ditetapkan.
LULUS RAYUAN
LULUS AMAUN TAMBAHAN SETELAH KEMASKINI RAYUAN
TIDAK LULUS RAYUAN BKM
Cara Semakan Status Rayuan BKM
Anda boleh membuat semakan status kelulusan Rayuan BKM 2022 seperti berikut:
- Portal Rasmi BKM (https://bkm.hasil.gov.my)
- Klik Log Masuk BKM
- Masukkan Nombor MyKad
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Klik Menu Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan
- Status Permohonan
- Lulus
- Tidak Lulus
- Maklumat Bayaran (Jika ada)
- Aplikasi MyBKM
- Talian Hotline BKK 1-800-88-2747
Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima
Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima bagi pemohon yang lulus rayuan.
Sila rujuk kategori yang berkaitan di bawah:
Kod Tidak Lulus Rayuan BKM
Sekiranya Permohonan Rayuan tuan telah diproses dan TIDAK LULUS, rayuan semula dengan mengemukakan dokumen sokongan adalah TIDAK DIBENARKAN.
Ini kerana kelulusan Rayuan BKM 2022 adalah MUKTAMAD.
Berikut adalah antara alasan Tidak Lulus BKM yang dikongsikan oleh pengguna di media sosial :
- Kod 04 – Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000
- Kod 06 – Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang
- Kod 08 – Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Kod 09 – Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500
- Kod 13 – Pasangan berdaftar sebagai PemegangSaham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
- Kod 15 – Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan Pemohon / pasangan melebihi had kemampuan bagi kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah B40
- Kod 18 – Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi
- Kod 21 – Pemohon wujud sebagaipasangan di permohonan lain
- Kod 32 – Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan
- Kod 33 – Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil Kematian Pasangan
- Kod 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan termasuk perniagaan
Permohonan rayuan telah dibuka mulai 2 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022.
Permohonan manual juga telah dibuka di kaunter LHDN mulai 9 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022.
Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
Berikut adalah senarai dokumen sokongan yang diperlukan berdasarkan kod alasan tidak lulus yang telah dinyatakan pada status anda:
NOTA
Bagi pemohon TIDAK LULUS BKM 2022 dengan Kod Tidak Lulus seperti dalam jadual di bawah, anda perlu mengemukakan Rayuan ke Cawangan LHDNM yang berdekatan bersama Borang Rayuan BKM 3033 yang lengkap dan dokumen sokongan (jika berkaitan).
Permohonan rayuan BKM secara manual di kaunter akan dibuka mulai 9 Mei hingga 2 Jun 2022.
Waktu Operasi Kaunter Rayuan BKM
Bagi anda yang ingin membuat permohonan rayuan secara manual, sila rujuk jadual perkhidmatan kaunter di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit / Pusat Khidmat Hasil (PKH) di bawah.
Penerangan Status Tidak Lulus bagi Kategori Bujang (Kod 06)
Ketika kelulusan BKM dimuatnaik di laman web BKM, agak ramai pemohon Kategori Bujang yang kecewa kerana tidak lulus dengan menerima Kod 06.
Apakah maksud Kod 06 dan bolehkah mereka memohon rayuan?
Mengikut FAQ_Rayuan_BKM yang dikeluarkan oleh LHDN, pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang sekiranya:
- i. Berstatus pelajar pada tahun 2021/2022; atau
- ii. Berumur 19 tahun – 20 tahun dan bukan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU)
Ini bermaksud, pelajar sepenuh masa Tidak Layak untuk membuat Permohonan BKM 2022.
Walau bagaimanapun maklumat anda boleh didaftarkan sebagai anak di permohonan ibu bapa.
Permohonan Rayuan BKM hanya dibenarkan sekiranya tamat pengajian sesi 2021/2022 atau sekiranya anda merupakan
pelajar separuh masa. Maklumat dokumen sokongan yang perlu
dikemukakan akan dimaklumkan kemudian.
Maklumat Lanjut
Dikongsikan di sini Soalan Lazim Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia untuk rujukan semua yang dikemaskini oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri menerusi laman web BKM.
FAQ Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat:
i. Secara dalam talian – mulai 02 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022.
ii. Secara borang kertas – mulai 09 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022.
Sekiranya Permohonan Rayuan tuan telah diproses dan TIDAK LULUS, rayuan semula dengan mengemukakan dokumen sokongan adalah TIDAK DIBENARKAN.
2 Kaedah permohonan rayuan:
i. Dalam Talian – Mulai 2 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022
(Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web https://bkm.hasil.gov.my/)
ii. Borang Manual – Mulai 9 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022.
(Permohonan di Pejabat LHDN)
Apakah yang dimaksudkan dengan tidak melepasi syarat kelayakan berkenaan?
Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang sekiranya:
i. Berstatus pelajar pada tahun 2021/2022; atau
ii. Berumur 19 tahun – 20 tahun dan bukan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU)
Pelajar sepenuh masa Tidak Layak untuk membuat Permohonan BKM 2022.
Walau bagaimanapun maklumat anda boleh didaftarkan sebagai anak di permohonan ibu bapa. Permohonan Rayuan BKM hanya dibenarkan sekiranya tamat pengajian sesi 2021/2022 atau sekiranya anda merupakan
pelajar separuh masa.
Maklumat dokumen sokongan yang perlu dikemukakan akan dimaklumkan kemudian.
Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah:
i. Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM 2022; atau
ii. Pemohon yang berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.
Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
i. Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati
syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
ii. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai
anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
iii. Bujang
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai
anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Anda boleh membuat semakan status kelulusan mulai 28 Mac 2022 pada MyBKM > Semakan Status > Maklumat Pembayaran bagi Fasa 1.
Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut:
i. Nombor Pengenalan Akaun dikredit
ii. Nama Penerima
iii. Fasa Pembayaran
iv. Jumlah dikredit
v. Status Kredit
vi. Nama Bank
vii. Nombor Akaun Bank
Adakah saya layak menerima BKM 2022?
Semakan kelayakan BKM 2022 adalah berdasarkan syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
Setiap bantuan adalah berbeza dari segi kriteria kelayakan
penerima. Rayuan boleh dibuat sekiranya menepati syarat kelayakan BKM 2022.
Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan rayuan BKM, sila rujuk FAQ di bawah:
- Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747
- Hotline BKK MoF : 03 8882 4565
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
- e-Mel : [email protected]
Borang
- Borang Permohonan BKM 2022
- Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan BKM
- Akuan Penerimaan Borang Permohonan Berkelompok BKM
- Borang Serahan Dokumen Sokongan BKM
- Borang Pembatalan Permohonan BKM
FAQ
Baca juga: Cara Mohon Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)