Pakaian Tradisional Mengikut Suku Kaum Di Malaysia

Pakaian Tradisional Mengikut Suku Kaum Di Malaysia | Seperti yang kita ketahui, Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. 

Setiap kaum mempunyai keunikannya tersendiri contohnya dari segi makanan dan juga pakaian.

Hal ini menjadikan Malaysia sebagai negara yang unik dan menarik di mata dunia. 

Untuk artikel kali ini, kami akan kongsikan contoh pakaian tradisional mengikut suku kaum di Malaysia. Jom baca!

BACA JUGA: Senarai Permainan Tradisional Yang Anda Mesti Cuba!

Pakaian Tradisional Mengikut Suku Kaum

Setiap kaum mempunyai latar belakang, budaya dan adat resam yang berbeza.  Hal ini boleh dilihat daripada pelbagai aspek, contohnya seperti pakaian tradisional mereka yang menjadi kebanggaan turun temurun. 

Mari perhatikan contoh pakaian tradisional tiga kaum utama yang ada di Malaysia seperti di bawah:

A. Kaum Melayu

Untuk lelaki Melayu, baju Melayu adalah pakaian tradisional yang tidak asing lagi. Ia sering digunakan semasa perayaan mahupun majlis-majlis rasmi.

Terdapat dua jenis baju Melayu yang anda boleh dapati iaitu; Baju Melayu Teluk Belanga dan Baju Melayu Cekak Musang. 

Pakaian Tradisional
Kredit gambar: Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM

Bagi kaum wanita Melayu pula, baju kurung adalah pakaian tradisional kaum Melayu yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. 

Walaupun terdapat banyak pelbagai versi baju kurung yang dimodenkan namun, kebanyakannya masih lagi mengekalkan nilai-nilai asas baju tersebut terutamanya dari segi kesopanan. 

Pakaian Tradisional
Kredit gambar: Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM

Anda juga boleh rujuk pakaian tradisional kaum Melayu mengikut negeri seperti gambar di bawah:

B. Kaum Cina

Samfoo dan Changsan adalah pakaian tradisional kaum Cina untuk lelaki.

Samfoo biasanya dihasilkan daripada kain yang lembut seperti kain sutera yang terdiri daripada baju yang longgar dan dipadankan dengan seluar. 

Manakala Changsan pula ialah ialah baju panjang yang biasanya dipakai pada majlis rasmi dan golongan kelas atasan. 

pakaian tradisional malaysia
Kredit gambar: Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM

Manakala, untuk kaum wanita Cina pula, mereka biasanya akan mengenakan Cheongsam atau Hanfu. Anda boleh rujuk perbezaannya melalui gambar di bawah. 

pakaian tradisional malaysia
Kredit gambar: Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM

B. Kaum India

Dhoti dan kurta adalah pakaian tradisional kaum India yang popular di Malaysia.

Dhoti biasanya dihasilkan menggunakan kain berwarna putih manakala kurta pula diperbuat daripada kapas dan sutera yang dipakai bersama dengan seluar panjang atau churidar. 

pakaian tradisional malaysia
Kredit gambar: Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM

Pakaian tradisional untuk wanita kaum India pula ialah Sari atau Punjabi.

Sari merupakan lembaran kain yang berukuran 1-2 meter lebar dan 5-15 meter panjang mengikut saiz pemakai.

Selain digunakan dalam majlis rasmi atau perayaan, sari juga sering digunakan sebagai pakaian harian. 

Punjabi pula terdiri daripada baju panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar. 

Pakaian Tradisional
Kredit gambar: Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM

Pakaian Tradisional Sabah & Sarawak

Sabah & Sarawak sangat terkenal dengan kepelbagaian suku kaumnya. Berikut ialah contoh pakaian tradisional yang popular di Sabah dan juga Sarawak.

Kesimpulan

Walaupun perlu mengikuti perubahan dan arus kemodenan, namun warisan budaya seperti pakaian tradisional ini perlu dijaga sebaiknya.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu berbangga dan memelihara warisan berharga setiap suku kaum ini agar tidak tenggelam dek zaman.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: