ID Digital Malaysia: Pengenalan Program ID Digital Nasional (IDN) Bermula 2024

ID Digital Malaysia: Pengenalan Program ID Digital Nasional (IDN) Bermula 2024 

Ramai yang masih kurang jelas dan tertanya-tanya mengenai Program ID Digital Nasional (IDN) yang bakal bermula pada 2024.

Tidak kurang juga yang mendakwa bahawa program ini bakal memberi impak buruk kerana mendedahkan data peribadi rakyat.

Benarkah demikian?

Mari baca perkongsian di bawah. 

Pengenalan Program ID Digital Nasional (IDN)

Identiti Digital adalah merupakan satu kaedah untuk pengesahan identiti seseorang di alam maya berasaskan pendekatan ‘What You Are’, ‘What You Have’ dan ‘What You Know’ yang disokong oleh rangkakerja identiti digital yang dipercayai (trusted digital identity framework).

Program ini tidak bertujuan untuk menggantikan MyKad

Platform pengesahan Identiti Digital adalah untuk kegunaan sektor perkhidmatan Kerajaan dan swasta khususnya bagi memenuhi keperluan untuk mengesahkan identiti individu yang mengakses perkhidmatan elektronik, melaksanakan transaksi serta tanda tangan digital yang disediakan oleh mereka.

Secara tidak langsung, ia dapat memudahkan rakyat berurusan secara bersemuka atau secara jarak jauh di alam maya dengan penyedia perkhidmatan digital dari sektor awam dan swasta bagi tujuan pengesahan identiti dengan selamat, terjamin dan menjimatkan masa.

Sasaran utama pemilik IDN adalah rakyat Malaysia dan akan diperluaskan kepada pemastautin yang menetap di Malaysia.

BACA JUGA: eMADANI – Cara Menebus Kredit e-Wallet RM100 & Syarat Kelayakan

Ciri-ciri ID Digital Nasional

  • Beroperasi pada tahap kepercayaan yang tinggi untuk warganegara, kerajaan dan komuniti perniagaan
  • Setiap warganegara dan penduduk yang layak akan didaftarkan dalam program IDN
  • Memanfaatkan data demografi JPN untuk pengeluaran IDN
  • Data biometrik baru (Cap Jari, Iris dan Muka) dan data demografi tambahan akan disimpan di dalam pangkalan data IDN
  • IDN adalah nombor rawak yang dihubungkan dengan nombor kad pengenalan di dalam pangkalan data IDN. Nombor Kad Pengenalan digunakan oleh Warganegara & Pemastautin Tetap untuk transaksi IDN.
  • Biometrik pelbagai-mod (“multimodal”) akan diambil bagi setiap pemohon yang mendaftar. 
  • IDN akan membolehkan pengesahan identiti secara nyata dan dalam  talian, serta perkhidmatan e-KYC.
  • IDN akan memastikan reka bentuk yang menekankan aspek keselamatan dan privasi.
  • IDN adalah unik untuk sepanjang hayat, dan seseorang individu tidak boleh mempunyai dua ID Digital
  • Platform IDN adalah saling hubung (“interoperable”) dan berasaskan dasar keselamatan negara dan piawaian antarabangsa

Rujuk video di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini:

Faedah 

  • Membolehkan rakyat memperolehi suatu pengenalan diri digital unik yang akan digunakan dalam pelbagai perkhidmatan digital dan boleh menambahbaik kualiti kehidupan.
  • Kerajaan memperolehi platform pengumpulan dan pengesahan pengenalan diri selari dengan teknologi terkini dengan merekodkan data biometrik baru (10 cap jari, muka dan iris) penduduk Malaysia secara berpusat di JPN.
  • Memberi tambah nilai kepada pelbagai sektor perkhidmatan dengan meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos operasi dan menjimatkan masa dalam proses pengesahan pengenalan diri.
  • Dapat mengelakkan pemalsuan pengenalan diri dalam transaksi perkhidmatan digital dan ini akan mempertingkatkan keselamatan dan ketenteraman awam.

BACA JUGA: Tarikh Buka Sekolah & Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 – KPM

Tarikh Pelaksanaan

ID Digital atau Identiti Nasional ini akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2024.

Idea Asal

Ilham idea asal  untuk mewujudkan ID Digital Nasional ini telah diutarakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia pada ketika itu, YB Gobind Singh Deo iaitu pada Oktober 2018.

Persetujuan Jemaah Menteri telahpun dicapai pada 8 Mei 2019 untuk memulakan kajian komprehensif mengenai rangka kerja ID Digital Nasional.

Mandat itu telah diberikan kepada MCMC supaya mengesyorkan model pelaksanaan dengan langkah-langkah selanjutnya untuk pelaksanaan ID Digital Nasional.

Seterusnya, kajian komprehensif bagi memperkenalkan satu rangka kerja Identiti (ID) Digital Nasional yang berpaksikan pengguna untuk rakyat Malaysia telahpun bermula pada 21 November 2019.

Pada tahun 2020, kerajaan telah menerbitkan satu kertas Public Consultation Report on National Identity (ID) Framework For Malaysia (2020). 

Report tersebut boleh diakses di link berikut : 

https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Public-Consultation-Report_National_DI.pdf

Pelaksana ID Digital Malaysia

MIMOS Berhad  dilantik sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang bertanggungjawab sebagai pelaksana program Identiti Digital Nasional (IDN) atau Digital ID ini. 

Dengan peruntukan awal sebanyak RM80 juta, ia disalurkan kepada MIMOS pada awal Disember 2023 oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menyegerakan pelaksanaan program berkenaan.

Perdana Menteri memberi jaminan bahawa selain peruntukan awal, beberapa peraturan kelulusan lain yang berkaitan dengan program ID Digital juga akan diselesaikan sebelum akhir bulan November 2023.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan berikut: https://www.malaysia.gov.my/portal/content/31185 

Rujuk kenyataan SIARAN MEDIA di bawah:

Sumber: https://www.malaysia.gov.my/portal/content/31185 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: