Program Rekalibrasi Pulang PATI Di KLIA – Jabatan Imigresen Malaysia

PENGOPERASIAN PROGRAM REKALIBRASI PULANG DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (KLIA)

Kerajaan telah bersetuju melanjutkan Program Rekalibrasi (Rekalibrasi Pulang dan Rekalibrasi Tenaga Kerja) sehingga 31 Disember 2021 atau sehingga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) tamat sepertimana keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Jun 2021 bagi membolehkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang layak digajikan semula atau pulang ke negara asal.

Kenyataan media mengenai perkara ini telah pun dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 5 Julai 2021.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah melaksanakan penambahbaikan kepada Program ini dengan membuka kaunter khas Program Rekalibrasi Pulang di KLIA bagi memudahkan semua PATI yang telah melengkapkan dokumen masing-masing hadir terus ke kaunter ini dan seterusnya pulang ke negara masing-masing.

Walau bagaimanapun, semua syarat program yang telah ditetapkan sebelum ini adalah masih terpakai.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program Rekalibrasi Pulang Pendatang Asing Tanpa Izin di KLIA.

Apakah Program Rekalibrasi Pulang Pendatang Asing ?

Merupakan satu inisiatif oleh Kerajaan bertujuan untuk memberi peluang kepada PATI yang telah melakukan kesalahan tinggal lebih masa, berada di Malaysia tanpa Pas yang sah untuk balik ke negara asal secaa sukarela.

Baca juga: Cara Mohon Salinan Sijil Lahir / Surat Beranak Hilang, Rosak

Syarat Menyertai Program Rekalibrasi Pulang Di KLIA

Syarat-syarat utama untuk menyertai Program Rekalibrasi Pulang di KLIA:

1- Memiliki dokumen perjalanan yang sah (Pasport atau dokumen perjalanan);

2- Memiliki tiket pulang ke Negara asal;

3- PATI hadir tanpa perlu membuat Janji Temu (STO) di Kaunter Imigresen Khas pada hari jadual penerbangan (sekurang-kurangnya 6 jam sebelum waktu penerbangan);

4- Bayaran Kompaun RM500 sama ada menerusi Kad Debit/Kad Kredit/ Touch‘nGo eWallet SAHAJA;

5- Slip Ujian RT-PCR COVID-19 (sahlaku dalam tempoh 72 jam dari tarikh penerbangan). Ujian RT-PCR ini boleh dijalankan di mana-mana klinik sebelum hadir ke KLIA.

PATI yang ingin pulang menerusi KLIA hendaklah melepasi saringan suhu badan di Pintu 2, 3, 5 & 6 Balai Berlepas (Departure Hall) Aras 5 KLIA sebelum ke Kaunter Program Rekalibrasi Pulang KLIA di Aras 3 yang terletak bersebelahan Balai Ketibaan Domestik (Domestic Arrival Hall).

Tempoh Pelaksanaan

Perkhidmatan Kaunter Rekalibrasi Pulang yang beroperasi 24 jam sehari mulai 8 Julai 2021 adalah merupakan satu game changer yang meningkatkan tahap kecekapan JIM dalam melaksanakan Program Rekalibrasi Pulang selain memudahkan PATI yang ingin pulang ke negara asal tanpa perlu hadir ke Pejabat Imigresen terlebih dahulu. Pelaksanaan Kaunter khas ini juga akan dipanjangkan ke KLIA2 dan pintu-pintu masuk antarabangsa yang lain.

Sepanjang program ini berlangsung sejak Disember 2020 sehingga hari ini, seramai 248,083 orang PATI telah mendaftar dalam program ini. Daripada jumlah ini, seramai 98,194 PATI telah berdaftar dalam Program Rekalibrasi Pulang. Manakala seramai 6822 majikan dan 149,889 PATI telah mendaftar dalam Program Rekalibrasi Tenaga Kerja.

KDN dan JIM ingin mengingatkan semua majikan dan PATI supaya tidak menunggu sehingga saat akhir dan tidak menggunakan khidmat orang tengah atau ejen bagi urusan Rekalibrasi Tenaga Kerja dan Rekalibrasi Pulang.

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
8 JULAI 2021

Baca juga: PIKAS : Pendaftaran Vaksin COVID19 Kerjasama Awam-Swasta MITI

Maklumat Lanjut

Jangan lupa layari Media Sosial dan Portal Rasmi JIM, klik ‘Like, Follow, Subscribe & Share’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada Jabatan Imegresen Malaysia (JIM) di:

Portal Berkaitan:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: