in

[MUAT TURUN] Buku Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Edisi ke-2

panduan pbd
ADVERTISEMENT

UPSR DIMANSUHKAN, KPM FOKUS PEMERKASAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

Susulan pengumuman Menteri Kanan Pendidikan tentang pemansuhan UPSR, ada ibu bapa yang menarik nafas lega.

Namun tak kurang ramai ibu bapa mungkin masih keliru dan risau dengan perkembangan anak-anak di sekolah.

Jika tiada UPSR, bagaimana nak tahu prestasi anak-anak kita?

Menurut Dr Radzi Jidin dalam Sidang Media Khas Pendidikan semalam, sebagai alternatif kepada pemansuhan UPSR, KPM akan memperkasakan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah).

Apakah Pentaksiran Bilik Darjah dan bagaimana ia dilaksanakan?

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentangnya.

pentaksiran bilik darjah

Apakah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)?

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid.

PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.

Apakah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pula merupakan pentaksiran holistik yang terdiri daripada dua kategori iaitu:

  • akademik
  • bukan akademik.

Kategori akademik terdiri daripada 2 komponen iaitu Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentaksiran Sekolah (PS).

Manakala kategori bukan akademik terdiri daripada 2 komponen lagi iaitu
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran
Psikometrik (PPsi) seperti dinyatakan dalam Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3
Tahun 2011.

Perbezaan PBD & PBS

  • PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah, suatu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani). Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu terdapat empat komponen dalam PBS iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
  • PBD pula ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang PdP, bagi semua mata pelajaran. PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka.

Mata Pelajaran Yang Terlibat Dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

  • Semua mata pelajaran KSSR dan KSSM.
  • Pelaksanaan konsep PBD berlaku secara berterusan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah

Ibu bapa boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang KSSM di Portal http://bpk.moe.gov.my/

Ciri Utama PBD

Terdapat 9 ciri utama yang dapat membantu guru dalam PBD.

PBD yang dilaksanakan oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan dapat diatasi dengan segera.

PBD dilaksanakan berasaskan kepada beberapa ciri utama seperti dinyatakan dalam
Rajah di bawah.

Sumber: Buku Panduan PBD Edisi 2

Bagaimana PBD Dilaksanakan?

  • PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun. PBD dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:
  1. Pemerhatian
  2. Penulisan
  3. Lisan
  • Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran, berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru.

NOTA: Pertimbangan profesional merupakan satu bentuk keputusan berkaitan pembelajaran murid yang dibuat oleh guru secara beretika menggunakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman berdasarkan Standard Prestasi dan data perkembangan penguasaan murid dalam pembelajarannya.

Aspek Apa Yang Ditaksir?

Pelbagai aspek boleh ditaksir melalui PBD yang meliputi pelbagai kecerdasan serta
perkembangan emosi dan sahsiah murid.

Aspek yang ditaksir ini termasuklah aspek nilai dan kompetensi yang diperlukan dalam dunia hari ini, di samping perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor seperti dinyatakan dalam DSKP setiap mata pelajaran.

Contoh aspek yang ditaksir ialah:

  • Pengetahuan
  • Kemahiran berfikir
  • Kemahiran berbahasa
  • Kemahiran mengira
  • Kemahiran belajar
  • Kemahiran bersosial
  • Kemahiran manipulatif
  • Kemahiran amali
  • Kemahiran kinestatik
  • Kreativiti
  • Kesihatan dan kecergasan
  • Amalan nilai murni
  • Sikap

Bagaimana Pentaksiran Bilik Darjah Dilaporkan?

Tahap penguasaan murid dalam PBD dilaporkan menggunakan templat pelaporan dalam fail Excel yang digunakan secara luar talian.

Laporan ini digunakan pada peringkat sekolah, serta dilaporkan kepada murid dan ibu bapa sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

Berikut adalah contoh penyataan tahap penguasaan DSKP (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran).

apakah pbd
Sumber: Buku Panduan PBD Edisi 2

Contoh laporan Rekod Prestasi Murid:

Siapakah Yang Memantau Kualiti PBD?

Jawatankuasa ini dibentuk oleh pihak sekolah, lazimnya dianggotai oleh:

  1. Pengetua/Guru Besar
  2. Penolong Kanan Pentadbiran
  3. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
  4. Penolong Kanan KoKurikulum
  5. Penolong Kanan Petang
  6. Penolong Kanan Pendidikan Khas
  7. Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Bidang
  8. Ketua Panitia
  9. Guru Cemerlang
  10. Jurulatih Utama
  11. Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua/Guru Besar/JK PBS

Muat Turun Panduan Pelaksanaan PBD Edisi Ke-2

Sumber: Buku Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Edisi Ke-2

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), sila rujuk laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Buku Panduan PBD Edisi Ke-2 di pautan berikut: http://bit.ly/PanduanPelaksanaanPBD.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lazada Adakan Sales Untuk Barangan Elektrik Sempena Techmall Day. Jom Beli!

Pelajar IPT Dibenarkan Balik Raya Dari 7-12 Mei. Ini SOP Yang Ditetapkan