SSDM KPM: Login Sistem Sahsiah Diri Murid KPM
SSDM KPM atau Sistem Sahsiah Diri Murid Kementerian Pendidikan Malaysia adalah sebuah merupakan sistem dalam talian yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memudahkan para guru merekod pengurusan diri murid di sekolah serta memudahkan ibu bapa mengaksesnya.
Pengenalan SSDM KPM
Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) adalah salah satu modul yang berada di bawah Modul Pengurusan Murid. Sistem ini berkait rapat dengan APDM sekolah yang perlu diisi oleh para guru untuk maklumat para pelajar.
Data murid dari sistem ini dihubungkan dengan data dari APDM. Guru-guru perlu mengemaskini maklumat yang benar dan tepat ke dalam sistem APDM terlebih dahulu.
Selain dari perekodan perilaku masalah disiplin, amalan baik juga akan direkodkan ke dalam SSDM. Contoh amalan baik adalah seperti memungut sampah di dalam kelas, membantu rakan atau guru dalam kesusahan, menghormati rakan dan guru dan apa-apa amalan murni yang boleh direkodkan.
SSDM dulu dikenali sebagai Sistem Salahlaku Disiplin Murid. Sistem ini telah ditambah baik dan diubah nama kepada Sistem Sahsiah Diri Murid.
SSDM yang sebelum ini hanya mencatat salahlaku disiplin pelajar sama ada kes ringan atau kes berat. Sekarang pihak sekolah sudah boleh mencatatkan amalan terpuji yang telah dilakukan oleh murid berbanding dengan fungsi asal iaitu dengan hanya boleh mencatat rekod salah laku bagi murid sahaja.
Dengan adanya catatan amalan terpuji dari murid-murid ini akan dapat memberi keseimbangan dan menggalakkan lagi amalan baik murid-murid serta pemarkahan dalam sistem ini menjadi lebih telus dan harmoni.
BACA JUGA: MyRailLife KTMB | Pas Perjalanan Percuma Untuk OKU & Pelajar
Objektif SSDM
- Membentuk sahsiah dan jati diri murid dengan menggalakkan murid dalam mengamalkan nilai-nilai murni dan pekerti mulia di dalam kehidupan seharian.
- Membantu dalam penyediaan maklumat yang perlu dikemaskini secara langsung membantu dalam mengatasi dan mengawal masalah disiplin murid dengan lebih berkesan.
Siapa Yang Boleh Menggunakan SSDM?
Untuk pengetahuan, sistem ini boleh diakses oleh pihak-pihak tertentu sahaja. Terdapat 4 kategori pengguna yang mempunyai akses ke dalam SSDM antaranya:
- Sekolah
- Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
- Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
- Bahagian Pengurusan Harian Sekolah (BPSH)
Fungsi Utama SSDM
- Merekod kes-kes salah laku/perilaku baik murid
- Menyimpan perincian maklumat murid dan sekolah
- Menjana dan memaparkan laporan statistik salahlaku dan amalan baik murid
- Menjana surat amaran ponteng mengikut tahap
BACA JUGA: e-Reporting PDRM: Cara Mudah Buat Laporan Polis Hilang IC & DLL
Cara Login Portal SSDM KPM
1. Untuk login ke portal SSDM, sila layari pautan berikut: https://ssdm.moe.gov.my/
2. Masukkan nombor kad pengenalan pelajar ataupun nama murid untuk mencari maklumat murid yang diperlukan.
3. Guru boleh mengemaskini dan masukkan data ssdm terbaru termasuklah menambah kes jika ada, melihat senarai kes yang telah disenaraikan dan sebagainya.
NOTA: Bagi ‘ID Pengguna’ dan ‘Kata Laluan’ oleh pengguna guru, sila rujuk pihak sekolah masing-masing.
NOTA: Bagi murid baru yang baru masuk ke sekolah, anda perlu memilih butang “Murid Baru”. Sebelum itu, anda perlu mencari maklumat murid terlebih dahulu. Maklumat murid akan diambil dari data APDM. Oleh itu pastikan maklumat murid telah ada di dalam sistem APDM sekolah semasa.
Senarai Manual Pengguna
Berikut ialah manual pengguna yang boleh anda boleh muat turun untuk dijadikan sebagai rujukan bergantung kepada anda pengguna yang mana satu. Sila klik fail di bawah ini untuk muat turun.
Manual (Link Download) | Keterangan |
Manual Pengguna – Sekolah | Manual untuk penggunaan Sistem Sahsiah Diri Murid online bagi tahap pengguna Sekolah (pdf) |
Manual Pengguna – PPD | Manual penggunaan SSDM online bagi tahap pengguna PPD (dalam bentuk pdf) |
Manual Pengguna – JPN | Manual penggunaan SSDM online bagi tahap pengguna JPN (dalam bentuk pdf) |
Manual Pengguna – BPSH | Manual penggunaan SSDM online untuk tahap pengguna di Kementerian, iaitu Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (dalam bentuk pdf) |
Slide Latihan Pengguna Sekolah | Slide manual penggunaan SSDM online dalam bentuk powerpoint |
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai SSDM, sila rujuk atau hubungi pihak SSDM:
UNIT DISIPLIN, SEKTOR HAL EHWAL MURID, BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, ARAS 3 & 4, BLOK E2, PARCEL E,
62604 PUTRAJAYA.
Tel : 03-88849339 & 03-88849451