PT3 Tahun 2021 Dibatalkan, UPSR Dimansuhkan Sepenuhnya – KPM

Sidang Media Khas YBMK Pendidikan Datuk Dr. Radzi Jidin yang berlangsung di Auditorium Tan Sri Abdul Rafie, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini mengumumkan bahawa PT3 tahun 2021 dibatalkan, manakala UPSR akan dimansuhkan sepenuhnya mulai tahun 2021 ini.

Pt3 2021 dibatalkan upsr dimansuhkan 2021

Baca juga: PdPR Akan Dilaksanakan 10 Hari Lepas Cuti Hari Raya – Dr Radzi Jidin

Jelas beliau, keputusan tersebut dibuat dengan mengambil kira kekangan masa bagi para pelajar untuk membuat persiapan khususnya pembelajaran bersemuka bersama guru di sekolah.

Dalam sidang media tadi ditegaskan bahawa walaupun PT3 dibatalkan, namun pentaksiran akan tetap berjalan seperti biasa.

“Jika kita lihat keadaan penularan COVID-19 masih belum dapat ditangani sepenuh dan kita memgambil kira keadaan semasa dan mengambil kira bahawa tanpa pelaksanaan PT3, keadah pentaksiran murid boleh terus dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu, UPSR pula akan dimansuhkan sepenuhnya mulai tahun 2021 ini.

Susulan pemansuhan UPSR, Kementerian Pendidikan akan perkasakan pentaksiran berasaskan sekolah mulai tahun ini.

Dr Radzi Jidin juga menyatakan bahawa tiada peperiksaan ganti akan diadakan bagi menggantikan UPSR yang dimansuhkan ini.

Baca juga: PPKP 2021: Program Penajaan Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Awam Persekutuan

Berikut adalah antara intipati sidang media Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin.

  • Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2021 dibatalkan.
  • Pelajar yang berhasrat ke sekolah berasrama penuh (Tingkatan 4) pada 2022 boleh menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus.
  • Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) dimansuhkan sepenuhnya mulai 2021.
  • Kemasukan ke sekolah berasrama penuh pada 2020 juga berdasarkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus.

Info lanjut: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: