Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2022

Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman telah dibuka dari 8 Februari hingga 30 Mac 2022 ini!

Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) bertujuan untuk membantu pelajar yang berpotensi tinggi dan layak supaya mereka dapat melanjutkan pelajaran di institusi tempatan, sama ada awam ataupun swasta.

Oleh kerana BTAR menekankan kecemerlangan yang holistik, penerima-penerima biasiswa yang dipanggil Tunku Scholars ini akan melalui program kepimpinan yang berlangsung selama 2 tahun.

Program ini akan melengkapkan Tunku Scholars dengan kemahiran, cara pemikiran dan nilai-nilai yang dapat menyumbang kepada pembangunan Malaysia yang adil dan bersatu padu.

Jom ketahui lebih lanjut tentang biasiswa ini.

Apakah Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR)?

Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) adalah biasiswa ijazah sarjana muda yang terbuka kepada pelajar yang berpotensi tinggi dan bercita-cita tinggi untuk menyumbang ke arah pembangunan Malaysia.

Program biasiswa ini menekankan pengembangan diri secara holistik dan berdasarkan nilai-nilai murni. Oleh itu, penerima-penerima biasiswa akan menjalani program kepimpinan selama 2 tahun untuk menghasilkan impak positif kepada masyarakat pada masa kini dan juga masa hadapan.

Kelebihan Biasiswa

  • YURAN UNIVERSITI – Penajaan penuh untuk yuran pengajian di institut pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh MQA.
  • ELAUN BULANAN – Pemberian elaun sara pada untuk setiap bulan sepanjang biasiswa
  • ELAUN TAHUNAN – Elaun pengembangan profesional bagi peningkatan diri setiap Scholar. Dana ini juga boleh digunakan untuk menjalankan projek kemasyarakatan. Elaun alat tulis dan buku teks turut diberikan.
  • ELAUN SEKALI SEPANJANG BIASISWA – Bagi menampung perbelanjaan dalam bentuk yang lain seperti pembelian komputer riba, kos tesis, pakaian rasmi ataupun juga tiket penerbangan (antara Semenanjung dan Timur Malaysia).
biasiswa tunku abdul rahman btar

Baca juga: PPBU Bank Rakyat 2022: Permohonan Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah

Tarikh Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR)

  • Tarikh Permohonan Dibuka : 8 Februari 2022
  • Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mac 2022

Syarat Kelayakan Umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Tergolong dalam salah satu kategori berikut:
  • Pelajar ijazah sarjana muda di universiti tempatan awam atau swasta yang mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 2 tahun.
  • Penerima surat tawaran yang akan melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda di universiti tempatan awam atau swasta bermula tahun 2022.
  • Pelajar yang sedang memohon kemasukan program ijazah sarjana muda di universiti tempatan awam atau swasta pada tahun 2022.*

*NOTA: Pemohon yang berjaya bagi kategori ini hanya akan dianugerahkan surat tawaran bersyarat sehingga mereka menerima surat pengajian yang rasmi daripada universiti tempatan (awam atau swasta) yang diiktiraf oleh MQA.

Cara Permohonan

Untuk memohon BTAR, sila ikuti langkah berikut:

  1. Sediakan dokumen sokongan
  2. Mulakan permohonan di yayasantar.org.my
  3. Isi dan hantar borang permohonan
  4. Hadir sesi temuduga dan pusat penialain
  5. Terima surat tawaran biasiswa

Baca juga: Ibu Ayah Boleh Mohon Subsidi Carseat Kanak-kanak Mulai Mac 2022

Maklumat Lanjut

Mohon sekarang untuk menjadi Tunku Scholar bagi tahun 2022 di www.yayasantar.org.my

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: