e-Rayuan SBP: Tarikh Semakan Rayuan SBP 2023

Tarikh Semakan Keputusan Rayuan SBP & Sekolah Khusus 2023 ~ Perhatian kepada calon-calon yang telah memohon ke Tingkatan 1 dan 4 Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah khusus di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi pengambilan tahun 2023, anda boleh membuat semakan status keputusan rayuan secara dalam talian (online) berdasarkan info dibawah. 

BACA JUGA: Bantuan Pendidikan BAKTIDESA Untuk Kemasukan Sekolah & IPT

Tarikh Semakan Keputusan Rayuan SBP 2023 

Rayuan untuk kemasukan ke SBP dan juga sekolah khusus telah mula dibuka sejak 17 Mac sehingga 3 April yang lalu.

Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan pelajar yang membuat telah permohonan rayuan perlu mengambil perhatian berkaitan tarikh semakan keputusan rayuan SBP dan juga sekolah khusus yang telah dipohon. 

Menurut info terkini melalui makluman di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia, keputusan rayuan SBP boleh disemak pada 21 April 2023, Jumaat. Ini adalah termasuk keputusan rayuan ke beberapa Sekolah Khusus. 

Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)
  • Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

NOTA:

  • Tiada rayuan dibuka untuk ke Maktab Tentera DiRaja
  • Rayuan ke Kolej Vokasional & Sekolah Teknik boleh terus hadir ke Kolej Vokasional & Sekolah Teknik yang berdekatan
Rayuan SBP

Cara Membuat Semakan Keputusan Rayuan SBP / Sekolah Khusus

Semakan dan rayuan boleh dibuat melalui URL berikut bermula 21 April 2023.

Untuk Tingkatan 1 (SBP & SMKA), anda boleh membuat semakan keputusan rayuan di pautan berikut: https://spskt1.moe.gov.my/ 

Untuk Tingkatan 4 (SBP, SMKA, SMT & MTD) / Tahun 1 SVM, anda boleh membuat semakan keputusan rayuan di pautan berikut: https://spskt4.moe.gov.my/

Anda juga boleh hubungi talian hotline BPSBP berikut: 03 -83217400

BACA JUGA: Rayuan MRSM 2023/2024: Tips & Cara Membuat Rayuan

Tarikh Pendaftaran

Untuk mengetahui bilakah pelajar perlu mendaftar diri di sekolah yang ditawarkan sekiranya rayuan diterima, pastikan anda merujuk tarikh pendaftaran kemasukan ke sekolah khusus @ SBP pada butiran surat tawaran yang dilampirkan semasa membuat semakan keputusan rayuan. 

NOTA: Sila ambil maklum bahawa tawaran akan terbatal sekiranya calon tidak mendaftar dalam tempoh 5 hari dari tarikh pendaftaran yang ditetapkan.

Rayuan SBP

Soalan Lazim (FAQ) Rayuan SBP 2023

1. Bilakah e-Rayuan dibuka?

e-Rayuan telah dibuka bermula 17 Mac 2023 – 3 April 2023. 

2. Bagaimanakah mengisi permohonan e-Rayuan secara dalam talian dan cara menyemak e-Rayuan?

Sila rujuk gambar rajah di bawah: 

Rayuan SBP

3. Bagaimanakah semakan keputusan e-Rayuan SBP dibuat?

Semakan e-Rayuan boleh dibuat melalui pautan berikut: 

Untuk Tingkatan 1 (SBP & SMKA), anda boleh membuat semakan keputusan rayuan di pautan berikut: https://spskt1.moe.gov.my/ 

Untuk Tingkatan 4 (SBP, SMKA, SMT & MTD) / Tahun 1 SVM, anda boleh membuat semakan keputusan rayuan di pautan berikut: https://spskt4.moe.gov.my/

Talian hotline BPSBP: 03 -83217400

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan berikut:  http://www.moe.gov.my/ , ATAU hubungi hotline:  03-8000 8000

Anda juga boleh rujuk; 

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya Selangor.

Tel: 03-8321 7406 / 7408 / 7461 / 7467 / 7469 / 7471 / 7473/ 7542 / 7544 / 7546

(8.00 pagi – 5.00 petang)


Bahagian Pendidikan Islam KPM, Aras Bawah & 2, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya Selangor.

Tel: 03-8321 7327 / 7334 / 7371

(8.00 pagi – 5.00 petang)


Bahagian Pengurusan Maklumat KPM, Aras 3-4 Blok E11, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya.

Tel: 03- 8884 3509 / 3684

(8.00 pagi – 5.00 petang)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: