Cara Sambung Handphone Ke TV (Screen Mirroring). Mudah & Murah Je

CARA SAMBUNG HP KE TV (BUAT SCREEN MIRRORING)

PdPR ni ibu ayah kena kreatif menggunakan segala apa yang ada di rumah terutamanya untuk membantu pembelajaran anak-anak.

Untuk yang tak ada laptop di rumah, dan telefon pintar pula terlalu kecik untuk anak menyalin tugasan yang di berikan, jadi ini salah satu ikhtiar untuk memudahkan mereka.

Jadi, di sini kami kongsikan cara nak sambung HP ke TV atau screen mirroring yang diajarkan oleh Cikgu Azman melalui Facebook.

Semoga bermanfaat!

Cara Sambung HP ke TV (Screen Mirroring)

Tak semua ibu bapa mampu meyediakan PC atau laptop utk semua anak-anak mereka apabila PdPR belaku serentak.

Oleh itu guna apa sahaja alatan yang sedia ada di rumah dengan kos yang minimum. Meh saya kongsikan satu cara mudah dan murah.

Secara majoriti ibu dan bapa di Malaysia mempunyai smartphone masing-masing dan saya juga percaya hampir setiap rumah di Malaysia mempunyai TV LCD bagi kegunaan harian.

Baca juga: IQ-NILAM: Cara Rekod Bacaan Murid Guna Handphone & Laptop

Tahukah anda kita boleh gabungkan kedua-dua TV dan Smartphone untuk menjadikan PdPR di rumah menjadi lebih menarik dan mudah ditonton oleh anak-anak secara ‘wireless’ sahaja.

Anda hanya perlu mengeluarkan budget sekitar rm35-50 utk mendapatkan sebuah AnyCast, MiraCast atau MiraScreen seperti foto di bawah bagi membantu screen phone dipaparkan pd TV secara ‘wireless’.

Ini menjadikan skrin lebih besar untuk ditonton oleh anak -anak.

sambung hp ke tv
sambung hp ke tv

Nak cari dimana? Search kat Shopee atau Lazada je. Di kedai gajet pun banyak.

Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk sambung handphone ke TV menggunakan MiraScreen:

  1. Masukkan MiraScreen ke port HDMI TV anda (guna wayar / kabel yang dibekalkan)
  2. Masukkan kabel USB ke adaptor USB external TV
  3. Pastikan icon WiFi phone anda dlm keadaan ‘On’, kerana alat ini disambung melalui WiFi (tak perlu internet ya)
  4. Pastikan icon ‘screencast’ phone terpasang seperti foto dibawah, kemudian phone automatic mengesan alat ‘MiraScreen’ ini.
sambung hp ke tv
sambung hp ke tv
cara guna miracast

NOTA: Langkah-langkah ini bergantung kpd jenama dan spesifikasi alatan yang anda beli.

Alat ini mempunyai pelbagai jenama dari harga puluh-puluh hingga ke ratus-ratus ikut spesisifikasi yang diperlukan.

Baca juga: Senang Nak ‘Conteng’, Ini Review Writing Pad Bawah RM200 Di Malaysia

Namun jika anda bertuah memiliki Android TV tidak perlu alatan di atas, terus buat screen sharing (mirroring) direct dengan phone secara ‘wireless’.

Moga perkongsian ini membantu menyesaikan masalah anda.

Namun langkah-langkah yang dicadangkan di atas mungkin berbeza mengikut jenis peralatan, spec dan app yang ada pada phone dan TV masing-masing.

Mungkin juga anda perlu membuat installation app jika diminta berbuat demikian.

*Kredit foto : Viral Media Johor

*Kredit tips / cara sambung HP ke TV : Cikgu Azman

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: