Hanya RM100 Sebulan Untuk Kelajuan Internet 300Mbps Dengan Digi JomFibre!
Inginkan internet yang laju tetapi pada harga yang berpatutan? Apa pilihan yang anda ada?
Sekarang Digi bersempena dengan kempen Digi JomFibre memperkenalkan promosi hebat untuk pelanggan pascabayar sedia ada untuk menaik taraf internet mereka dengan mudah dan mampu-milik.
Tiga pelan ditawarkan pada harga promosi dalam kempen kali ini termasuklah Digi Fibre 150 dengan kelajuan 300Mbps, Digi Fibre 190 dengan kelajuan 500Mbps dan Digi Fibre 270 dengan kelajuan 800Mbps.
Pelanggan sedia ada boleh melanggan pelan-pelan internet gentian optik ini dengan harga rebat untuk kontrak selama 24 bulan yang bakal berakhir pada 30 November kelak.
Jika pelanggan pascabayar Digi mendaftar untuk pelan Internet gentian optik DigiFibre sepanjang tempoh kempen ini, mereka boleh menerima rebat bulanan sekurang-kurangnya RM35 sebulan dengan pelan Digi Mobile 60, dan sehingga RM50 jika mereka mempunyai langganan Digi Mobile yang lebih tinggi.
Sepanjang kempen ini juga Digi mengadakan peraduan mingguan di platform media sosial di Twitter dan Facebook di mana para pelanggan Digi berpeluang memenangi langganan Digi Fibre selama dua tahun secara percuma!
Apa yang lagi menarik ialah untuk 2000 pelanggan Digi pertama yang melanggani pelan DigiFibre 150 akan menerima baucar paparan pintar Samsung yang bernilai RM150.
Bagi pelanggan Digi yang berminat untuk menaik taraf kepada pelan internet DigiFibre ini, anda boleh melayari laman web Digi Fibre atau hadir ke kedai Digi Store terdekat anda segera.