Borang Permohonan Moratorium Bank Islam PEMULIH Mulai 7 Julai 2021
Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) menawarkan moratorium selama enam bulan kepada pelanggan segmen B40, M40 atau T20 serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed, berkata “Peka dengan cabaran yang dihadapi pelanggan, bank akan meneruskan bantuan bayaran balik pembiayaan bagi mengurangkan impak pandemik kepada kelangsungan hidup”
Permohonan Moratorium Automatik 6 bulan Bank Islam dibuka secara dalam talian bermula 7 Julai.
Berikut adalah perkara penting yang perlu anda tahu untuk membuat permohonan.
Baca juga: Elak Terlepas Temujanji Vaksin, Ini Cara Aktifkan ‘Push Notification’ MySejahtera
Moratorium Automatik Bank Islam PEMULIH
Objektif Bantuan Pembayaran PEMULIH adalah untuk memberi bantuan kepada PKS yang
menghadapi kekangan kewangan sementara yang timbul berikutan langkah pencegahan
pandemik COVID-19 yang dilaksanakan pada 1 Jun 2021 (PKP 3.0).
Menerusi bantuan moratorium automatik ini, pelanggan terkesan akan mempunyai tempoh enam bulan untuk memulihkan keadaan kewangan masing-masing.
PAKEJ BANTUAN / MORATORIUM BANK ISLAM YANG DITAWARKAN
- Penangguhan pembayaran balik ansuran bulanan selama tiga (3) bulan; atau
- Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% selama enam (6) bulan.
Syarat Kelayakan
Bagi Pelanggan Individu:
Pra-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Akaun pembiayaan pelanggan yang diluluskan pada atau sebelum 30 Jun 2021;
- Akaun pembiayaan tidak tertunggak melebihi 90 hari dan tidak diklasifikasikan sebagai pembiayaan tidak berbayar pada tarikh permohonan lengkap diterima.
- Pelanggan bukan seorang yang bankrap.
Bagi Pelanggan PKS
Pelanggan PKS yang pembiayaannya tidak tertunggak selama lebih dari 90 hari pada tarikh
permohonan,
- Bank tidak akan mengenakan keuntungan berganda atau Ta’widh (caj lewat bayar).
- Pada akhir bulan keenam, ansuran akan kembali kepada amaun ansuran kontrak asal, dengan tempoh lanjutan jika perlu, untuk mengambil kira kos keuntungan.
Cara Permohonan Lanjutan Moratorium Bank Islam
i) Permohonan Individu
Permohonan moratorium boleh dibuat secara atas talian dengan mengisi E-Borang.
Untuk memohon, sila lengkapkan e-Borang atau klik pautan ini: https://vao.bankislam.com.my/ppb/
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program bantuan pembayaran / moratorium automatik individu, sila rujuk Soalan Lazim.
ii) Permohonan PKS
Bagi permohonan bantuan bayaran balik pembiayaan perniagaan mikro dan PKS, emelkan pertanyaan dan permohonan anda ke: [email protected]
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program bantuan pembayaran / moratorium automatik PKS Bank Islam, sila rujuk Soalan Lazim.
Jika anda ingin mengunjungi cawangan Bank Islam terdekat. Senarai cawangan boleh didapati di sini.
Pusat Perhubungan & Jabatan Perkhidmatan Pelanggan
Bank Islam Malaysia Berhad
Tingkat 17, Menara Bank Islam,
No. 22, Jalan Perak,
50450 Kuala Lumpur.
Tel: 03-26 900 900
E-mel: [email protected]
Baca juga: MyASNB: Cara Daftar ASB Online, Semak Penyata, Dividen & Pengeluaran
Semakan Kelulusan
Bagi pemohon individu, keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam tempoh dua (2) hari mengikut kalendar atau selewat-lewatnya dalam tempoh lima (5) hari mengikut kalendar.
Maklumat Lanjut
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan Pelanggan Bank Islam di 03-26 900 900
ATAU
Tanyakan soalan melalui Facebook Bank Islam Malaysia Berhad https://www.facebook.com/BankIslamFB/
Rujuk Soalan Lazim (FAQ)
- Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program bantuan pembayaran kami, sila rujuk Soalan Lazim.
NOTA:
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut atau masalah lain, sila hubungi Pusat Panggilan kami di (6) 03-26 900 900 atau e-mel [email protected]