eBeliaRahmah Boost: Cara Tebus RM200 Melalui Aplikasi Boost
eBeliaRahmah Boost | Cara Tebus RM200 Melalui Aplikasi Boost
Berita baik kepada belia yang berumur 18 hingga 20 tahun serta pelajar IPT!
Seperti yang dijanjikan, anda boleh mendaftar dan menebus kredit e-Tunai Belia Rahmah yang berjumlah RM200 bermula hari ini melalui aplikasi perkhidmatan e-dompet, salah satunya BOOST.
Berikut dikongsikan info lebih mengenai eBeliaRahmah 2023 termasuk cara untuk menebusnya melalui aplikasi BOOST.
BACA JUGA: eBeliaRahmah Touch n Go: Cara Tebus RM200 Melalui Aplikasi TNG
Cara Tebus eBeliaRahmah 2023 Melalui BOOST
Bagi pengguna aplikasi BOOST, anda boleh menebus RM200, eBeliaRahmah 2023 melalui aplikasi tersebut. Sila rujuk langkah-langkah di bawah untuk membantu anda!
1. Muat turun aplikasi BOOST melalui Apple Store, Google Play Store atau Huawei App Gallery. Sekiranya sudah memiliki akaun, anda boleh skip langkah ini.
2. Buka aplikasi BOOST anda dan klik pada paparan (banner) “eBelia Rahmah”.
3. Klik pilihan “eBelia Rahmah” di bawah kategori Quick Access.
4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan ikuti langkah seterusnya.
5. Hantar tuntutan anda untuk menebus eBeliaRahmah dan serahkan tuntutan anda untuk pengesahan.
6. Anda akan dimaklumkan melalui apl Boost mengenai status tuntutan anda. Setelah berjaya, semua ganjaran akan disediakan dalam aplikasi untuk anda nikmati!
Apa Itu eBeliaRahmah?
e-Tunai Belia Rahmah adalah merupakan salah satu inisiatif tahunan pihak kerajaan untuk membantu meringankan beban dan kos sara hidup yang turut meningkat di kampus sekaligus menggalakkan penggunaan e-tunai (cashless) dalam perbelanjaan harian.
Inisiatif e-Tunai Belia Rahmah ini dahulunya dikenali sebagai e-Pemula dalam Belanjawan 2022.
Bantuan e-dompet sebanyak RM200 ini telah diperluas kepada semua mahasiswa yang berkelayakan dan tidak terhad kepada mahasiswa berusia 18 hingga 20 tahun.
Ini bermakna walaupun anda sudah berusia lebih 20 tahun namun masih menuntut di mana-mana IPT dalam Malaysia, anda masih layak untuk menerima bantuan ini.
Dengan peruntukan lebih kurang RM400 juta, inisiatif ini dijangka akan memberi manfaat kepada dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun. Pemberian bantuan e-Tunai Belia Rahmah bermula pada 26 Jun 2023, hari ini.
Jumlah eBeliaRahmah 2023 Boost
Setiap individu yang layak (berusia 18-20 tahun/pelajar IPT) akan menerima sebanyak RM200 secara one-off. Bantuan e-Tunai Belia Rahmah ini boleh ditebus mulai hari ini, 26 Jun 2023 sehingga 31 Ogos 2023.
BACA JUGA: eBeliaRahmah SETEL: Cara Tebus RM200 Melalui Aplikasi SETEL
Syarat Kelayakan
Sila rujuk syarat-syarat kelayakan dibawah:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18-20 tahun pada 2023 atau berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan di Malaysia
NOTA: Institusi pendidikan di Malaysia Pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk:
- Kolej Komuniti
- Politeknik
- Universiti Awam (UA)/Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
- Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)
- Pelajar institusi pendidikan yang setara dengan Tingkatan 6
- Senior Middle 3
- Sijil Tinggi Agama (STAM)
- Diploma Kolej Vokasional
- Diploma dan setara institusi TVET
- Pengajian Asas (Foundation)/Asasi
- A-Level
- International Baccalaureate Diploma
- Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma
- Diploma Lanjutan
- Sarjana Muda dan setaraf
- Sarjana dan setaraf
- Doktor Falsafah dan setaraf
- Kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia.
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai eBeliaRahmah Boost, sila layari: https://myboost.co/ebelia-2023
Muat turun FAQ eBeliaRahmah di bawah untuk sebarang pertanyaan: