eBeliaRahmah Touch n Go: Cara Tebus RM200 Melalui TNG

eBeliaRahmah Touch n Go | Cara Tebus Kredit e-Tunai RM200 Melalui Aplikasi TNG

 Berita baik kepada belia yang berumur 18 hingga 20 tahun serta pelajar IPT!

Seperti yang dijanjikan, anda boleh mendaftar dan menebus kredit e-Tunai Belia Rahmah yang berjumlah RM200 bermula hari ini melalui aplikasi perkhidmatan e-dompet, salah satunya Touch n Go. 

Berikut dikongsikan info lebih mengenai eBeliaRahmah 2023 termasuk cara untuk menebusnya melalui aplikasi Touch n Go.

BACA JUGA: eBeliaRahmah Boost: Cara Tebus RM200 Melalui Aplikasi Boost

eBeliaRahmah 2023 (Touch n Go)

Apa Itu e-Tunai Belia Rahmah?

e-Tunai Belia Rahmah adalah merupakan salah satu inisiatif tahunan pihak kerajaan untuk membantu meringankan beban dan kos sara hidup yang turut meningkat di kampus sekaligus menggalakkan penggunaan e-tunai (cashless) dalam perbelanjaan harian. 

Inisiatif e-Tunai Belia Rahmah ini dahulunya dikenali sebagai e-Pemula dalam Belanjawan 2022.  

Bantuan e-dompet sebanyak RM200 ini telah diperluas kepada semua mahasiswa yang berkelayakan dan tidak terhad kepada mahasiswa berusia 18 hingga 20 tahun. 

Ini bermakna walaupun anda sudah berusia lebih 20 tahun namun masih menuntut di mana-mana IPT dalam Malaysia, anda masih layak untuk menerima bantuan ini. 

Dengan peruntukan lebih kurang RM400 juta, inisiatif ini dijangka akan memberi manfaat kepada dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun. Pemberian bantuan e-Tunai Belia Rahmah bermula pada 26 Jun 2023, hari ini. 

BACA JUGA: Intipati Bajet 2023: Senarai Bantuan & 20 Inisiatif Penting

Syarat Kelayakan

Sila rujuk syarat-syarat kelayakan dibawah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18-20 tahun pada 2023 atau berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan di Malaysia

NOTA: Institusi pendidikan di Malaysia Pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk:

  1. Kolej Komuniti
  2. Politeknik
  3. Universiti Awam (UA)/Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
  4. Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)
  5. Pelajar institusi pendidikan yang setara dengan Tingkatan 6
  6. Senior Middle 3
  7. Sijil Tinggi Agama (STAM)
  8. Diploma Kolej Vokasional
  9. Diploma dan setara institusi TVET
  10. Pengajian Asas (Foundation)/Asasi
  11. A-Level
  12. International Baccalaureate Diploma
  13. Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma
  14. Diploma Lanjutan
  15. Sarjana Muda dan setaraf
  16. Sarjana dan setaraf
  17. Doktor Falsafah dan setaraf
  18. Kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia

Jumlah eBeliaRahmah Touch n Go 2023

 eBeliaRahmah Touch n Go

Setiap individu yang layak (berusia 18-20 tahun/pelajar IPT) akan menerima sebanyak RM200 secara one-off. 

Bantuan  e-Tunai Belia Rahmah ini boleh ditebus melalui aplikasi Touch n Go mulai hari ini bermula pada 8.00 pagi, 26 Jun 2023 hingga 11.59 malam, 31 Ogos 2023.

Semak kelayakan anda disini: https://www.touchngo.com.my/ebelia-rahmah/eligibility/

NOTA:

  • Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 31 Ogos 2023.
  • Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eBeliaRahmah yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.

Cara Tebus eBeliaRahmah Melalui Touch n Go

Bagi pengguna Touch n Go (TNG), anda boleh menebus RM200, eBeliaRahmah 2023 melalui aplikasi tersebut.

Sila rujuk langkah-langkah di bawah untuk membantu anda!

Video tutorial cara-cara untuk menebus eBeliaRahmah 2023 melalui aplikasi TNG

Rujuk panduan bergambar di bawah:

1. Buka aplikasi TNG anda dan klik pada paparan (banner) “eBelia Rahmah”.

2. Klik “Claim Now”.

3. Klik “Verify Now”.

4. Pilih jenis ID anda.

5. Imbas bahagian depan ID anda.

6. Ambil “selfie” anda.

7. Pastikan semua butiran anda betul dan klik “Continue”.

8. Isi butiran anda dan klik “Submit”

9. Selesai. Permohonan anda berjaya dihantar!

10. Anda akan menerima notifikasi “Yay! eBeliaRahmah claim approved” sekiranya permohonan anda berjaya. Anda juga akan melihat kredit eBeliaRahmah RM200 dan baucar-baucar ganjaran di dalam e-Dompet anda.

NOTA: 

Pastikan anda sudah memuat turun aplikasi Touch n Go dan mempunyai akaun yang sudah diverifikasi sebelum menebus RM200, eBeliaRahmah 2023.

Anda boleh sahkan akaun eWallet eBelia TNG anda hari ini di pautan  berikut:  https://touchngoewallet.onelink.me/8mmV/eKYC

Video Tutorial pengesahan eBelia TNG

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang eBelia Rahmah TNG, sila layari pautan berikut: https://www.touchngo.com.my/ebelia-rahmah/

FAQ eBelia Rahmah 2023:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: