Skim Semarak Niaga: Senarai Bantuan Untuk Peniaga (Bajet 2022)

Bajet 2022 memperuntukkan pelbagai pakej pembiayaan dengan nilai keseluruhan RM40 bilion disediakan di bawah Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia atau Semarak Niaga.

Skim itu, merangkumi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti dengan sasaran untuk memanfaatkan setiap golongan usahawan, tidak kira perusahaan mikro ataupun syarikat tersenarai awam.

Berikut dikongsikan lebih lanjut dan senarai penuh bantuan untuk usahawan serta peniaga yang diumumkan dalam Bajet 2022.

Senarai Bantuan Untuk Peniaga Di Bawah Skim Semarak Niaga (Bajet 2022)

SENARAI BANTUAN / PEMBIAYAAN SKIM SEMARAK NIAGA KELUARGA MALAYSIA

1. Kemudahan Peralihan Kepada Rendah Karbon

Dana pembiayaan padanan matching fund bagi membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) meningkatkan amalan lestari dan rendah karbon

  • Kadar pinjaman: Sehingga 5% setahun
  • Amaun: Sehingga RM5 juta
  • Tempoh: Sehingga 10 tahun

2. Mikrokredit TEKUN

Skim Pembiayaan Informal dan Mikro di bawah TEKUN akan menawarkan bantuan pinjaman dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro dengan terma pembiayaan:

  • Kadar pinjaman: 0%
  • Kemudahan moratorium: Sehingga 6 bulan
  • Amaun: Sehingga RM10,000
  • Tempoh: Sehingga 5 tahun

Info lanjut & permohonan: https://www.tekun.gov.my/ms/inisiatif-tekun-covid19/cbrm/

3. Mikrokredit BSN

Penawaran pinjaman mikro dengan terma pembiayaan:

  • Kadar pinjaman: 0% bagi 6 bulan pertama, 4% selanjutnya
  • Kemudahan moratorium: Sehingga 6 bulan
  • Amaun: Sehingga RM75,000
  • Tempoh: Sehingga 5 tahun

Info lanjut & permohonan: https://www.bsn.com.my/BusinessBanking/Products/pemerkasa?lang=ms-MY

4. Mikrokredit AgroBank

Penawaran pinjaman mikro dengan terma pembiayaan:

  • Kadar pinjaman: 0% bagi 6 bulan pertama, 3% selanjutnya
  • Kemudahan moratorium: Sehingga 6 bulan
  • Amaun: Sehingga RM75,000
  • Tempoh: Sehingga 5 tahun

Info lanjut & permohonan: https://www.agrobank.com.my/my/product/modal-usahawan-1malaysia-mus1m-i/

5. Pembiayaan Alternatif

Untuk memperkasakan pembiayaan alternatif melalui kaedah equity crowd funding dan peer-to-peer financing, secara geran padanan untuk Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF), serta pelaburan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).

6. Skim Geran Pendigitalan PKS

Jumlah dana bagi Skim Geran Pendigitalan PKS telah dinaikkan kepada RM200 juta.

Baca juga: Permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS RM5000 Dari BSN

bantuan peniaga skim semarak niaga

7. Geran Padanan Automasi Pintar

Geran untuk syarikat pembuatan dan perkhidmatan mengautomasikan proses perniagaan mereka.

Info lanjut & permohonan: https://mdec.my/ms/grant/smart-automation-grant/

8. Targeted Relief and Recovery Facility (TRRF)

Kemudahan bantuan pembiayaan yang diwujudkan oleh BNM untuk memberikan bantuan dan sokongan pemulihan kepada peniaga / PKS yang terjejas

  • Kadar pinjaman: Sehingga 3.5% setahun (termasuk fi jaminan)
  • Kemudahan moratorium: Sekurang-kurangnya 6 bulan
  • Amaun: Sehingga RM500,000
  • Tempoh: Sehingga 7 tahun (termasuk tempoh moratorium)

Info lanjut & permohonan: https://www.bnm.gov.my/documents/20124/2294076/Brochure_TRRF_EN.pdf

9. Program Pembiayaan Skim Semarak Niaga – AgroFood Facility

Program pembiayaan yang disediakan oleh BNM bagi meningkatkan pengeluaran makanan untuk Malaysia dan dieksport dengan terma pembiayaan:

  • Kadar pinjaman: Sehingga 3.75% setahun (termasuk fi jaminan)
  • Amaun: Sehingga RM5 juta
  • Tempoh: Sehingga 8 tahun

Info lanjut & permohonan: https://www.bnm.gov.my/documents/20124/2294076/AF_Eng.pdf

10. Dana Pembiayaan Agromakanan

Program pembiayaan yang disediakan oleh Agrobank untuk perusahaan mikro yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dengan terma pembiayaan:

  • Kadar pinjaman: 0% bagi 6 bulan pertama, 3% selanjutnya
  • Kemudahan moratorium: Sehingga 6 bulan
  • Amaun: Sehingga RM500,000
  • Tempoh: Sehingga 8 tahun

Info penuh & permohonan: https://www.agrobank.com.my/my/agromakanan-penjana/

11.  Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM)

Menawarkan bantuan pinjaman dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro dengan terma pembiayaan:

  • Kadar pinjaman: 0%
  • Kemudahan moratorium: Sehingga 12 bulan
  • Amaun: Sehingga RM10,000
  • Tempoh: Sehingga 5 tahun (termasuk moratorium)

Permohonan SPiM: https://www.mara.gov.my/en/index/ent-menu/support-facilities/ent-business-finance/spim/

12. Program i-Tekad

Program bantuan kewangan sosial yang menawarkan modal permulaan, kredit mikro dan latihan kemahiran kepada usahawan mikro dan peniaga.

Permohonan i-Tekad : https://www.bankislam.com/business-banking/sme-banking/itekad/

13. Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI)

Menyediakan kemudahan pembiayaan mikro untuk memperkasa sosioekonomi komuniti India.

Permohonan SPUMI Tekun: https://www.tekun.gov.my/en/tekun-entrepreneur/indian-community-entrepreneur-development-scheme-spumi/

14. Penambahbaikan Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan

Untuk membantu syarikat mendapatkan pembiayaan baharu yang sebelum ini sukar diperolehi

  • Peningkatan had jaminan pembiayaan perniagaan sehinga RM10 bilion sebagai tambahan kepada RM20 bilion yang telah diumumkan di bawah pakej PEMULIH
  • Menjamin kemudahan pembiayaan yang dijadual dan distruktur semula sehingga 80% untuk tempoh 36 bulan, sehingga maksimum RM20 juta termasuk ketika tempoh pemberian 12 bulan moratorium bayaran balik
  • Menjamin kemudahan pembiayaan baharu sehingga 80%, termasuk ketika tempoh pemberian 12 bulan moratorium bayaran balik

Permohonan SJPP: https://www.sjpp.com.my/

15. TemanNita

Dana pembiayaan melalui TEKUN Nasional untuk usahawan wanita bagi membantu usahawan wanita yang terkesan akibat COVID-19.

Permohonan TemanNita: https://www.tekun.gov.my/en/tekun-entrepreneur/temannita-financing-scheme/temannita-financing-scheme/

16. Dananita

Dana pembiayaan melalui MARA untuk usahawan wanita bagi membantu usahawan wanita yang terkesan akibat COVID-19.

Permohonanan Dananita: https://www.mara.gov.my/en/index/ent-menu/support-facilities/ent-business-finance/dananita/

17. Pembiayaan Perniagaan Melalui Pelaburan Ekuiti dan quasi-equity

Kaedah pendanaan melalui pelaburan ekuiti dan quasi-equity akan diperkenalkan oleh SME Bank dengan kerjasama TERAJU dan BSN

18. Skim RESET (Rehabilitation and Support Through Equity)

Disediakan di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) bagi membantu syarikat yang berdepan masalah gearing atau leveraj, kaedah pendanaan.

19. Business Recapitalisation Fund

Disediakan di bawah BNM bagi membantu syarikat yang berdepan masalah gearing atau leveraj dengan terma pembiayaan:

  • Kadar pinjaman: sehingga 3.5% setahun (bagi pembiayaan kredit) + dividen (ditentukan oleh pembiaya ekuiti)
  • Amaun: Sehingga RM5 juta
  • Tempoh: Sehingga 10 tahun (Butiran akan dimuktamadkan kemudian)

20. Program Latihan dan Bimbingan Perniagaan dan Skim Pembiayaan Mudah Francais

PERNAS menyediakan program latihan, bimbingan perniagaan dan skim pembiayaan mudah 0% selama 6 bulan pertama beserta moratorium kepada yang berminat menjadi usahawan francais.

Info lanjut: https://pernas.my/

21. Voluntary Carbon Market

Voluntary Carbon Market akan dilancarkan di bawah kendalian Bursa Malaysia.

22. Pelan Pembiayaan Usahawan Belia BSN & Agrobank

Pelan pembiayaan BSN dan Agrobank bagi belia yang menceburi bidang keusahawanan

23. Dana Pembiayaan Pengusaha Fasiliti Sukan BSN

BSN akan menyediakan dana pembiayaan dengan kadar faedah 0% untuk 6 bulan pertama dan moratorium untuk 6 bulan bagi pengusaha fasiliti sukan

24. Program Peningkatan Kapasiti dan Pembiayaan Perniagaan

Program peningkatan kapasiti dan pembiayaan perniagaan di bawah Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, TEKUN Nasional dan Dana Kemakmuran Bumiputera.

25. MyStartup

MyStartup dilaksanakan secara berfasa untuk memberi manfaat kepada lebih 2,500 syarikat dan mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan.

Info lanjut & permohonan: https://www.mymagic.my/msh

26. Dana Bantuan Sementara Bas Henti-Henti

Dana bantuan untuk pengendali bas henti-henti.

27. Geran Padanan Aeroangkasa

Geran disediakan untuk syarikat PKS Bumiputera meneroka peluang perniagaan dalam bidang aeroangkasa.

28. Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) Hydrobest

Penggunaan teknologi Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) Hydrobest melaui geran padanan untuk memperkenal dan memperluas penggunaan teknologi RRIM Hydrobest kepada pekebun kecil melalui geran padanan bagi membantu meningkatkan taraf sosioekonomi pekebun kecil kategori B40.

29. Jalinan GLC: Memperkasa PMKS

Bantuan kepada usahawan melalui inisiatif seperti khidmat nasihat dan sokongan kewangan dengan dana kolektif bernilai RM5 bilion.

30. Pelepasan / Potongan Cukai atas Kos Berkaitan Pengambilan Vaksin Penggalak

Pelepasan cukai individu dan potongan cukai kepada majikan ke atas kos berkaitan pengambilan vaksin penggalak yang dibiayai sendiri.

31. Insentif kepada Majikan yang Menggaji Perantis

Insentif kepada majikan yang menggaji perantis lepasan sekolah dan graduan berumur 18 hingga 30 tahun sebanyak RM900 sebulan bagi tempoh 6 bulan.

KerjayaGig PERKESO: Bantuan RM600 Untuk Pekerja & Pencari Kerja

32. Bantuan Musim Tengkujuh

Kerajaan meneruskan Bantuan Musim Tengkujuh untuk membantu meringankan beban sara hidup bagi 320,000 pekebun kecil yang kehilangan pendapatan semasa musim tengkujuh.

Bantuan RISDA Musim Tengkujuh : BMT 2021: Permohonan, Semakan & Kemaskini Bantuan Musim Tengkujuh RISDA 2021

33. Potongan Cukai Dua Kali kepada Syarikat yang Memberi Biasiswa kepada Pelajar Institusi Pengajian Tinggi

Pelanjutan potongan cukai dua kali kepada syarikat yang memberi biasiswa kepada pelajar institusi pengajian tinggi dan diperluas kepada semua bidang pengajian.

34. Potongan Cukai Dua Kali Bagi Perbelanjaan Operasi

Potongan cukai dua kali bagi perbelanjaan operasi yang layak dinaikkan daripada sehingga RM300,00 kepada sehingga RM500,000 dan dilanjutkan bagi tempoh 5 tahun sehingga 31 Disember 2025 sebagai usaha meningkatkan penglibatan syarikat anchor dalam membangunkan vendor Bumiputera tempatan.

35. Skim Rangsangan Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil

Peruntukkan disediakan bagi melaksanakan Skim Rangsangan Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil dan usaha menangani kempen anti-minyak sawit di peringkat antarabangsa.

36. Program Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi

Penerusan Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi (TRANSFER) bagi memulihkan aktiviti koperasi yang terjejas.

Menyokong aktiviti perniagaan oleh koperasi, program seperti penyediaan tapak perniagaan food truck di kawasan bandar utama akan dilaksanakan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

37. SPV Milik Kerajaan dalam Bentuk Instrumen Ekuiti

Inisiatif khusus untuk membantu syarikat tersenarai di Bursa mendapat suntikan dana tambahan melalui sebuah SPV milik Kerajaan dalam bentuk instrumen ekuiti atau instrumen lain yang berkaitan.

38. Subsidi dan Insentif Bagi Industri Pertanian dan Perikanan

Pemberian subsidi dan insentif bagi industri pertanian dan perikanan akan diteruskan dengan peruntukan bagi subsidi benih, baja, harga dan pengeluaran padi termasuk subsidi baja padi huma dan hasil tangkapan nelayan.

39. Pelanjutan Potongan Cukai ke atas Kos Pengubahsuaian dan Pembaharuan Premis

Melanjutkan potongan cukai ke atas kos pengubahsuaian dan pembaharuan premis sehingga RM300,000 sehingga 31 Disember 2022 bagi kerja-kerja mengubah suai fasiliti perniagaan supaya mematuhi keperluan SOP seperti pengudaraan serta ruang duduk pelanggan dan pekerja.

40. Potongan Cukai Tambahan atas Perbelanjaan Sewaan Premis Penginapan Pekerja

Potongan cukai tambahan sehingga RM50,000 ke atas perbelanjaan sewaan premis penginapan pekerja akan dilanjutkan untuk satu tahun lagi bagi syarikat yang berdaftar di bawah Safe@Work.

41. Bantuan Khusus untuk Usahawan Bangkit Semula

Kerajaan mencadang beberapa inisiatif berikut bagi membantu usahawan bangkit semula sepenuhnya:

  • Penangguhan bayaran ansuran cukai pendapatan bagi PMKS selama 6 bulan sehingga 30 Jun 2022
  • Semua perniagaan dibenar membuat pindaan anggaran cukai pendapatan yang kena dibayar dalam bulan ke 11 sebelum 31 Oktober 2022
  • Potongan cukai khas sehingga Jun 2022 kepada pemilik bangunan atau ruang perniagaan yang memberikan pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30%
  • Kerugian terkumpul yang tidak dapat diserap boleh dibawa ke hadapan untuk tempoh daripada maksimum 7 tahun taksiran berturut-turut kepada maksimum 10 tahun taksiran berturut-turut

42. Kelanjutan Elaun Pelaburan Semula (EPS) Tambahan

Kerajaan akan melanjutkan elaun pelaburan semula (EPS) tambahan selama dua tahun bagi syarikat sedia ada di Malaysia yang telah tamat tempoh kelayakan EPS dan EPS khas, dan ini menjadikan tempoh keseluruhan EPS tambahan ini kepada 5 tahun.

Maklumat lanjut bantuan Bajet 2022 untuk peniaga di bawah Skim Semarak Niaga Keluarga Malaysia : https://budget.mof.gov.my/manfaat/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: