Rumah Prihatin @ Grand Seasons Tawar Penginapan RM30/Malam
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Yayasan Wilayah Persekutuan bekerjasama dengan Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur menubuhkan Rumah Prihatin @Grand Seasons bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata Rumah Prihatin @Grand Seasons yang telah beroperasi secara berperingkat mulai 15 Julai ini, kini dijadikan premis yang berkonsepkan hotel kebajikan dengan menjalankan kegiatan sukarela berkaitan perkhidmatan pengawalan penularan wabak tersebut.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Rumah Prihatin untuk makluman bersama.
Apakah Rumah Prihatin?
Rumah Prihatin @ Grand Seasons Kuala Lumpur yang baru dilaksanakan baru-baru ini bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan bagi mendapatkan makanan, penginapan dengan kadar apa yang mampu, menjejaki asnaf, memberikan khidmat bantuan kesihatan mental dan bantuan vaksinasi melalui Trak Vaksinasi Bergerak MyMedic@Wilayah.
RumahPrihatin @ Grand Seasons menghimpunkan, mengkordinasi dan merawat individu yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Baca juga: Bakul Prihatin Negara : Syarat, Cara Permohonan & Muat Turun Borang
Bantuan Yang Disediakan Di Rumah Prihatin @ Grand Seasons
5 komponen utama diwujudkan di RumahPrihatin @ Grand Seasons KL iaitu
- Dapur Prihatin (penyediaan makanan percuma sehingga 1,000 pek sehari)
- Bilik Penginapan Prihatin (300 bilik pada harga minimum).
- Khidmat Kesihatan Mental Prihatin atau KMMP iaitu penyediaan khidmat kaunseling kepada individu terkesan Covid-19
- Khidmat Vaksinasi Prihatin (perkhidmatan vaksinasi dengan kapasiti 800 orang sehari).
- Pusat Gerakan Jejak Prihatin (PGJP) iaitu pusat bagi Sukarelawan Wilayah Prihatin (PriVo), Majlis Perwakilan Penduduk, AJK Surau Masjid, Persatuan Penduduk dan NGO.
Bilik Penginapan Prihatin
Menerusi inisiatif Bilik Penginapan Prihatin, 300 bilik penginapan tersedia bagi golongan musafir, pekerja barisan hadapan, atau mana-mana pihak yang memerlukan penginapan sementara.
Bilik penginapan mampu bayar ini ditawarkan dengan harga bermula RM30/malam.
Bagi yang ingin menginap di sini atau memerlukan info lanjut tentang Bilik Penginapan Prihatin, sila hubungi nombor telefon 011-7073 6458.
Tarikh Pelaksanaan
RumahPrihatin@GrandSeasons ini dibuka secara berperingkat mulai 15 Julai ini di premis Hotel Grand Seasons, Jalan Pahang berhadapan Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Maklumat Lanjut
Hubungi talian dan email berikut untuk mengajukan sebarang persoalan.
- Hotline: 011-7110 7898
- E-mel: [email protected]
- Laman web : https://www.yayasanwp.org/rumahprihatin
- Facebook: https://www.facebook.com/rumahprihatinwp/
Baca juga: Tarikh Buka Sekolah Ditetapkan Pada 1 September – KPM