Tarikh Semakan Tawaran Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Tarikh Semakan Tawaran Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sesi 2023/2024 – Tingkatan 1 & 4

Kepada ibu bapa/penjaga untuk para pelajar yang memohon Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi sesi 2023/2024, sila ambil perhatian terhadap beberapa perkara penting di bawah. 

Tarikh Semakan Tawaran Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Semakan tawaran kemasukan ke  Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi sesi 2023/2024 boleh dilakukan bermula pada 17 Mac 2023 sehingga 2 April 2023. 

Calon-calon yang telah memohon ke Tingkatan 1 dan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi pengambilan tahun 2023, boleh membuat semakan status keputusan dan tawaran penempatan secara dalam talian (online). 

Tarikh semakan keputusan tawaran kemasukan ke sekolah khusus telah dimaklumkan melalui laman web KPM.

Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

BACA JUGA: Bantuan Pendidikan BAKTIDESA Untuk Kemasukan Sekolah & IPT

Cara Semakan Tawaran Kemasukan SBP 

  • Ting.1: Semakan keputusan Kemasukan Sekolah Khusus (SBP) KPM bagi Tingkatan 1 boleh dibuat mulai 17 Mac 2023 melalui pautan: https://spskt1.moe.gov.my
  • Ting.4: Semakan keputusan Kemasukan Sekolah Khusus (SBP & SMKA) KPM bagi Tingkatan 4 boleh dibuat mulai 17 Mac 2023 melalui pautan: https://spskt4.moe.gov.my

NOTA: 

  • Sila cetak slip pendaftaran dan borang deklarasi dan bawa bersama-sama mykad / MyKid untuk pengesahan.
  • Sila serahkan borang deklarasi kesihatan kepada petugas pendaftaran semasa membuat pendaftaran.

Apa Itu Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

SBP diwujudkan bagi menyediakan suasana persekolahan yang terancang, terkawal dan kondusif bagi mengembangkan potensi murid yang cemerlang ke arah melahirkan modal insan berkualiti.

SBP memainkan peranan penting bagi mengembangkan tunas bakat terbaik negara dan mendemokrasikan pendidikan berkualiti kepada segenap lapisan masyarakat Malaysia. SBP menjana bakat yang sepadan dengan cabaran global

Syarat Pemilihan Murid

Pemilihan Murid Tingkatan 1 :

  • Murid mestilah warganegara Malaysia
  • Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  • Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  • Murid cemerlang akademik
  • Murid aktif dalam kokurikulum

 Pemilihan Murid Ke Tingkatan 4 :

  • Murid mestilah warganegara Malaysia
  • Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
  • Murid cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang- kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain)
  • Murid lulus saringan/temuduga 
  • Murid aktif dalam kokurikulum

BACA JUGA: Permohonan Sekolah Khusus 2023 & Tarikh Semakan PKSK

Perkongsian Kos Kemasukan Sekolah Berasrama

Oleh Pn. Naziah Nawawie 

Bagi yang berjaya mendapat tawaran dan bakal melangkah masuk ke SBP dan seumpamanya, berikut adalah sebuah perkongsian oleh Naziah Nawawie mengenai kos-kos yang terlibat dan perlu diberi perhatian untuk persediaan ibu bapa nanti.

Kos persediaan:

Yang ini ialah kos SEBELUM anak masuk ke asrama. Macam kita mau masuk rumah baru, pasti banyak benda yang perlu dibeli. Baju kurung sekolah, kurung prep, seluar sukan, tshirt harian, baju tidur, seluar korporat, tudung, pakaian dalam, kasut sekolah, kasut sukan, kasut prep, selipar… Dan sebagainya… 

Barang-barang kegunaan di asrama seperti baldi, gayung, hanger, sepit baju, dan sebagainya.

Barang-barang peribadi seperti shampoo, bedak, sabun mandi, sikat, getah rambut, dan sebagainya. Stationery seperti pen, pensel, segala jenis warna… Buku tidak perlu sebab akan dibeli di koperasi sekolah.

Ada sekolah yang menggunakan tablet atau laptop. Ibu bapa perlu sediakan juga. TETAPI, bahagian ini, sekiranya pelajar adalah golongan Pelajar Projek Khas, bantuan akan diberikan oleh pihak sekolah dan alumni. Dan segala jenis barang yang akan melengkapkan kehidupan seharian anak-anak di sekolah. Kos bahagian ini tertakluk kepada berapa banyak/helai, berapa mahal ibu bapa mau keluarkan belanja.

Kos semasa pendaftaran:

Biasanya waktu mendaftar (atau sebelum hari mendaftar), bayaran yang perlu dibuat ialah koperasi. Koperasi ni termasuk buku latihan, baju-baju sekolah yang rasmi seperti baju sukan, baju batik sekolah, baju korporat). Ada sekolah yang menyediakan perkakas seperti selimut, cadar… 

Kos bahagian ini, dalam lingkungan RM700-900 (ikut apa yang sekolah wajibkan beli). Kebiasaannya, kita boleh bincang dengan pihak sekolah sekiranya kita tidak dapat bayar sekaligus. Keyword: BERBINCANG DENGAN SEKOLAH.

Kos setelah masuk:

Bayaran dewan makan, dobi, PIBG. Untuk bayaran dewan makan dan PIBG, bayaran adalah mengikut tangga gaji ibu bapa. Yuran dewan makan bermula serendah RM400++ sehingga RM700++. Yuran PIBG tertakluk kepada sekolah. Ada sekolah bayaran PIBG tinggi untuk menampung aktiviti-aktiviti akademik/motivasi/sukan. Kos bahagian ini pun boleh bawa bincang dengan pihak sekolah sekiranya perlu bantuan. 

Kos bulanan:

Perbelanjaan anak-anak seperti snek, kantin, top up barangan peribadi, pembelian barang-barang sekolah seperti tshirt, topi… Bayaran aktiviti kelab dan persatuan…

Yang ni, kena kawtim dengan anak-anak lah. Mana yang boleh jimat, jimatkan. Okay.

Berapalah mau sediakan untuk kemasukan tingkatan 1 atau 4 ke sekolah khusus?

Kalau ikut pengalaman saya, persediaan sebelum masuk lebih kurang RM2000, termasuk bayaran koperasi yang saya bayar sebelum hari pendaftaran. Tidak termasuk pembelian gajet dan kos perjalanan. 

Kos keseluruhan (pengalaman saya, bukan pengalaman orang lain) untuk saya golongan M40, dalam RM2800-3000, tidak termasuk gajet, belanja bulanan, dan kos perjalanan. 

Ini adalah kos untuk tingkatan 1 sahaja. Naik tingkatan 2 tidak perlu sudah bayar koperasi dan barang-barang keperluan asrama yang lain. Baju-baju pun pakai selagi muat. 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan berikut: https://www.moe.gov.my/ 

Segala maklumat terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: