[VIDEO] Masalah Air Di Selangor Bakal Berakhir Dengan 4 Strategi Ini!
Sekiranya Diberi Pilihan Antara Masalah Tiada Api Atau Tiada Air Dirumah, Manakah Menjadi Pilihan Anda?
Mesti ramai yang memilih untuk ketiadaan api, janji ada air di rumah. Cuba bayangkan sekiranya masalah ketiadaan air ini berlaku dalam tempoh waktu yang panjang, pasti banyak kerja-kerja rumah yang memerlukan air tertangguh dan keadaan rumah menjadi kucar kacir.
Tidak dinafikan rakyat Selangor setiap tahun pasti akan berhadapan dengan masalah air. Walaupun diberi notis lebih awal, namun tidak semua daripada kita yang bersedia dengan gangguan air ini.
Adakah kerajaan negeri Selangor hanya mendengar saja keluhan setiap rakyat? Tetapi apakah tindakan dan langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini?
Inisiatif Kerajaan Untuk Air Selangor
Tahun 2020 adalah tahun paling mencabar bagi rakyat bukan sahaja negara dilanda wabak Covid-19 dan pada masa yang sama Selangor turut mengalami ketiadan bekalan air ekoran tindakan penjenayah alam sekitar yang mencemarkan sungai di sekitar Selangor.
Ekoran dengan masalah pencemaran air ini, kerajaan Selangor telah menyediakan beberapa inisiatif dan strategi bagi mengatasi masalah ini.
Ingin tahu apakah inisiatif dan strategi tersebut, jom tonton video ini sehingga habis!
Terdapat 4 strategi yang telah diluluskan untuk dilaksanakan pada tahun 2021 bagi mengatasi masalah pencemaran sungai dengan kos hampir RM200 juta.
Kerajaan negeri Selangor telah menyediakan beberapa strategi bagi mengatasi masalah pencemaran air di Selangor mahupun di Kuala Lumpur. Antara strateginya adalah:
Strategi 1: Rawatan Biologi Di Kolam-Kolam Berkenaan Di Hulu Sungai Selangor
Strategi 2: Kerajaan Selangor memperkemaskan tindakan pemantauan Lembangan Sungai melalui pemantauan dan pengawasan menggunakan dron berteknologi tinggi serta penambahan petugas LUAS untuk mengadakan pengawasan 24jam dan pantauan ‘River Patrol’.
Strategi 3: Pembinaan Infrastruktur Pengepaman terus dari Hybrid off River Augmentation Storage atau singkatannya HORAS 600.
Strategi 4: Penguatkuasaan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam PINDAAN 2020.
Air Selangor juga kini sedang melaksanakan pembangunan Skim Bekalan Air Rasau dengan membina Loji Rawatan Air Rasau Peringkat 1 untuk mengurangkan kebergantungan kepada bekalan air dari loji-loji rawatan air di Sungai Selangor. Loji ini dijangka akan siap pada tahun 2024 dan akan memberi manfaat.
Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, boleh ke website Air Selangor.
Air Selangor juga kini sedang melaksanakan pembangunan Skim Bekalan Air Rasau dengan membina Loji Rawatan Air Rasau peringkat pertama untuk mengurangkan kebergantungan kepada bekalan air dari loji-loji rawatan air di Sungai Selangor.
Loji ini dijangka akan siap pada tahun 2024 dan akan memberi manfaat besar kepada rakyat terutamanya di wilayah Klang dan Petaling.
Untuk menjayakan usaha kerajaan negeri Selangor dalam menangani isu air ini, sebagai rakyat Selangor haruslah memainkan peranan dengan cara:
- Elakan Pembaziran Air
- Amalkan Tips Penjimatan Air
Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, boleh ke website Air Selangor
Inginkan lebih artikel menarik klik disini