2 Lelaki Pamer Aksi Lucah Melampau Dalam Surau Diburu Polis

Dua lelaki lakukan aksi lucah melampau dalam surau diburu polis

KUALA LANGAT – Polis kini mengesan dua lelaki yang tular melakukan adegan tidak senonoh di dalam sebuah surau di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, pihaknya telah menerima laporan polis daripada bilal surau berkenaan kira-kira pukul 9.07 malam tadi.

Katanya, berdasarkan laporan bilal berusia 54 tahun itu menyatakan telah melihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dengan terdapat dua orang lelaki tempatan telah melakukan aksi tersebut.

aksi lucah surau
Video penuh : https://www.facebook.com/100017382274461/videos/1755867024788118/

“Pihak polis juga sedang menjalankan siasatan bagi mengesan pelaku dalam rakaman CCTV terbabit.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan kelucahan melampau di tempat awam yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Video 2 Lelaki Pamer Aksi Lucah Melampau Dalam Surau Diburu Polis

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai pelaku di dalam kes ini menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Norhidayah Mohd. ditalian 017-4055363 atau 03-31872222 bagi membantu siasatan.

Portal media utama terdahulu melaporkan tindakan melampau dua orang lelaki berkelakuan sumbang di dalam sebuah surau dikecam apabila perbuatan mereka itu dirakam CCTV.

aksi lucah surau

Sumber kenyatan media : Polis Daerah Kuala Langat

Video berdurasi satu minit 50 saat yang tular di Twitter rasmi Info Kuala Langat itu memaparkan salah seorang daripada mereka mula meraba-raba rakan lelaki di sebelahnya.

Lelaki itu juga kemudian dilihat seolah-olah seperti mahu membuka seluarnya selepas dirakam mencium ‘pasangannya’ itu.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga dilaporkan sedang melakukan siasatan lanjut berhubung penularan klip video yang memaparkan tindakan melampau dua lelaki berkelakuan sumbang di dalam sebuah surau dipercayai di Pekan Banting, Kuala Langat.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, beliau masih menunggu laporan penuh pegawainya di daerah tersebut.

“Kita akan siasat lanjut. Saya tunggu laporan pegawai saya di daerah (berkenaan),” katanya ringkas

Baca juga: 30 Krew Filem Terperangkap Dalam Gua Tempurung Telah Diselamatkan

TERKINI: Dua lelaki yang didakwa membuat perlakuan sumbang dalam sebuah surau di Banting yang tular baru-baru ini adalah adik-beradik.

“Selepas selesai solat, kedua adik-beradik itu bergurau di dalam surau tanpa disedari perbuatan mereka dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV),” – KPD Kuala Langat.

Dua beradik itu mempunyai hubungan yang rapat dan selalu bergurau menurut ibu bapa adik-beradik tersebut.

Kes akan dirujuk Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk arahan lanjut.

Dalam kejadian itu, abang bergurau dengan adiknya serta membetulkan seluar dan tiada sebarang niat untuk berkelakuan tidak senonoh di dalam surau terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber: Harian Metro