Cara Mohon Permit Hiking Gunung / Bukit / Air Terjun Hutan Simpan
Tahukah anda, kawasan hiking atau air terjun yang berada dalam kawasan hutan simpan tidak boleh dicerobohi sesuka hati, sebaliknya anda perlu mendapatkan permit terlebih dahulu.
Bagaimana nak tahu sama ada kawasan air terjun atau bukit / gunung ini memerlukan permit?
Kini anda boleh membuat semakan terlebih dahulu sama ada lokasi yang dirancang termasuk dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal.
Untuk semakan, scan barcode di poster atau klik pada pautan https://www.forestry.gov.my/…/hutan-lipur-hutan-taman…
Di sini ada disenaraikan kawasan Hutan Simpanan Kekal.
Sekiranya kawasan yang anda rancangkan tersenarai dalam Hutan Simpanan Kekal, permohonan permit boleh di buat melalui Pejabat Hutan Daerah berkaitan.
Adalah menjadi suatu kesalahan memasuki Hutan Simpanan Kekal tanpa kebenaran di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.
Cara Mohon Permit Hiking Gunung / Bukit / Air Terjun Hutan Simpan
Setiap negeri berbeza cara memohon permit mendaki gunung, bukit dan waterfall. Tapi yang pastinya, jabatan yang menguruskan permit ini adalah Jabatan Perhutanan Negeri / Pejabat Hutan Daerah.
Di sini kami kongsikan cara mohon permit hiking untuk pendakian di Selangor
Disertakan juga link berkaitan untuk setiap negeri:
- Jabatan Perhutanan Negeri Selangor https://forestry.selangor.gov.my/
- Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan https://forestry.ns.gov.my/index.php/my/
- Jabatan Perhutanan Negeri Melaka https://forestry.melaka.gov.my/
- Jabatan Perhutanan Negeri Perak https://www.perakforestry.gov.my/
- Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang https://jhn.penang.gov.my/
- Jabatan Perhutanan Negeri Pahang http://forestry.pahang.gov.my/
- Jabatan Perhutanan Negeri Johor https://forestry.johor.gov.my/
- Jabatan Perhutanan Negeri Kedah http://www.kedforestry.gov.my/
- Jabatan Perhutanan Negeri Perlis https://www.facebook.com/forestryperlis
- Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan https://jpnk.kelantan.gov.my/
- Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu http://trgforestry.terengganu.gov.my/
INFO UNTUK PEMOHON PERMIT
- Bayaran Permit Memasuki HSK – RM5.00 seorang.
- Borang Permohonan beserta maklumat/bayaran hendaklah dikemukakan ke Pejabat Hutan Daerah berkenaan sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum tarikh pendakian.
- Borang Permohonan yang dikemukakan ke Pejabat Hutan Daerah perlu diisi dalam tiga (3) Salinan.
MUAT TURUN PERMIT
Untuk muat turun, anda boleh download daripada Portal Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.
- Klik pautan https://forestry.selangor.gov.my/v2018/index.php/my/info-awam/gerbang-perkhidmatan-awam/muat-turun
- Pilih BORANG MEMASUKI HUTAN SIMPANAN KEKAL (MENDAKI GUNUNG)
- Muat turun dan isikan maklumat anda dengan lengkap.
Ini Borang yang anda boleh muat turun di laman web tersebut.
Boleh baca dalam borang nanti ada syarat-syarat permit hiking / memasuki hutan simpan kekal:
- Tidak merosakkan apa-apa pokok atau tumbuhan tanpa kebenaran
- Tidak membakar atau membiarkan api menyala yang boleh menyebabkan kebakaran hutan
- Tidak menggali dan meninggalkan lubang yang boleh membahayakan hidupan liar
- Tidak meninggalkan sampah sarap di kawasan perkhemahan atau laluan pendakian
- Pematuhan kepada langkah-langkah pencegahan penularan COVID-19 seperti
- pergerakan dalam kumpulan yg kecil
- meminimumkan perkongsian peralatan serta keperluan peribadi
- mematuhi garis panduan keselamatan dan kebersihan di kawasan hutan simpan kekal
- sentiasa mengamalkan kebersihan diri
- mengambil kira kesesuaian pergerakan, ruang serta mematuhi prinsip penjarakan sosial. (2 meter persegi bagi setiap individu)
- aktiviti perkhemahan dengan mengekalkan ruang 20 meter persegi dengan syarat perkhemahan kumpulan kecil, keluarga atau individu sahaja dibenarkan
- mematuhi sebarang peraturan seperti yang termaktub di dalam enakmen (pemakaian) akta perhutanan negeri 1985 serta syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri Selangor.
- Semua aktiviti pendakian diwajibkan melantik jurupandu serta aktiviti dilaporkan di balai polis yang berhampiran
- Sebarang risiko dan kemalangan adalah di atas tanggungjawab sendiri
MUAT TURUN BORANG PDF
Alamat dan no telefon Jabatan Hutan Negeri Selangor
Jabatan Hutan Negeri Selangor
Tingkat 3, bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40660 Shah alam, Selangor
03-55447000
Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah
tingkat 1, blok B platinum Cheras, 43200 Cheras.
03- 90814918
Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor
jalanRP 4/1, kompleks kerajaan, Rawang Perdana, 48000 Rawang.
03-60916131
Pejabat Hutan Daerah Pantai Klang
tingkat 2, bangunan pejabat daerah, 41000 Klang.
03-33716326
Senarai Kawasan Hutan Simpan Kekal Selangor Yang Dibenarkan Melakukan Aktiviti Pendakian
Daerah Selangor Tengah
- Gunung Nuang via ulu pongsoon
- Air terjun sg Lepoh
- Air terjun ulu perdik
- Bukit chenuang
- Gunung hitam
- Gunung ulu Beranang / tok wan
- Air terjun sg pisang
- Air terjun lubuk tedung / Sofea Jane
- Bukit kembar
- Bukit saga / apek hill
- Bukit Broga
- Bukit Repin
Daerah Hulu Selangor
- Bukit choroco
- Bukit kutu
- Air terjun lata Medang
- Air terjun lata macau
- Air terjun setinggi
- Air terjun lubuk kawah
- Gunung ulu semangkok
Daerah Pantai Klang
- Bukit Jugra