Permohonan UPU Online Bagi Sesi Kemasukan 2022 / 2023

PERHATIAN! Permohonan UPU Online bagi sesi akademik 2022/2023 akan dibuka mulai 4 Februari 2022 kepada calon lepasan SPM, STPM, STAM & Diploma Setaraf bagi kemasukan:

  • Universiti Awam (UA)
  • Politeknik
  • Kolej Komuniti
  • Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

Pemohon boleh dibuat pada tarikh berikut:

  • Dibuka 4 Februari 2022 Jam 12.00 tengah hari
  • Ditutup 31 Mac 2022 Jam 5.00 petang

Kementerian Pengajian Tinggi turut memaklumkan bahawa bayaran proses UPUOnline untuk kemasukan ke IPTA, Institut Latihan Kemahiran Awam sesi akademik 2022/2023 dikecualikan.

upu online upuonline

Berikut dikongsikan info sepenuhnya tentang permohonan UPUonline.

Apakah UPU Online?

UPUOnline adalah sebuah Portal Rasmi Kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan iInstitusi Latihan Kemahiran Awam bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu di portal http://upu.mohe.gov.my

Cara Membuat Pilihan Program Pengajian Yang Sesuai Di Portal UPU Online

  1. Anda boleh melayari e-Panduan Kemasukan Pelajar untuk mendapatkan senarai program pengajian yang anda minati di URL seperti berikut :-
  2. Dalam e-Panduan ini, anda boleh menyemak sama ada ada layak memohon atau tidak. Selain itu, anda juga boleh membuat semakan syarat am dan syarat khas program pengajian melalui Sistem Semak Syarat di URL http://www.semaksyarat.info. Sila pastikan anda memilih program pengajian yang layak sahaja.
  3. Selain itu, sebelum anda memilih pilihan program pengajian, anda perlu memilih tiga (3) bidang yang diminati. Senarai program pengajian yang dipaparkan adalah berdasarkan tiga (3) pilihan bidang yang telah anda pilih.

Sila layari laman web rasmi UPU : https://upu.mohe.gov.my/

NOTA: BAYARAN PROSES NO UNIK ID BAGI PERMOHONAN SESI AKADEMIK 2022 / 2023 ADALAH DIKECUALIKAN KEPADA SEMUA PEMOHON

Baca juga: Permohonan Biasiswa Yayasan Selangor 2022 (RKPYS)

Tarikh Permohonan UPUOnline Bagi Sesi Akademik 2022 / 2022

Pemohon boleh dibuat pada tarikh berikut

  • Dibuka 4 Februari 2022 Jam 12.00 tengah hari
  • Ditutup 31 Mac 2022 Jam 5.00 petang

Baca juga: Buat Persediaan Awal! Ini 10 Tips Penting Temuduga Online Ketika PKP

Maklumat Lanjut

TALIAN HOTLINE : 03 8870 8200
FAKS : 03 8870 6864
ALAMAT EMEL: [email protected]

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Sila layari laman web rasmi UPU : https://upu.mohe.gov.my

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: