Permohonan Biasiswa Yayasan Selangor 2022 (RKPYS)
Berita baik buat ibu bapa, Biasiswa Yayasan Selangor akan dibuka kepada 466 pelajar Tingkatan Satu untuk tahun 2022 di bawah Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Yayasan Selangor.
Biasiswa khas oleh Yayasan Selangor ditawarkan kepada anak-anak Selangor yang menduduki Tingkatan 1 bagi 2022 merangkumi kemudahan asrama, biasiswa, kelas bimbingan dan pelbagai lagi.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.
Kelebihan Program & Jumlah Biasiswa Yang Ditawarkan
Antara kelebihan Program Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Yayasan Selangor adalah seperti berikut:
- Pemberian biasiswa kepada murid yang layak
- Kelas bimbingan
- Program kecemerlangan akademik
- Program pembangunan diri murid
- Pemantauan berterusan
Sumber dari SelangorKini juga melaporkan bahawa penerima biasiswa kecil layak mendapat RM700 setahun manakala biasiswa khas memperuntukkan RM1,000 kepada penerimanya.
Penerima akan menerima bayaran dua kali dalam setahun dan turut melihat kepada keputusan peperiksaan.
Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Selangor
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk membuat permohonan Biasiswa Selangor Tingkatan 1 bagi sesi 2022.
- Mendapat sekurang-kurangnya TP 3 di dalam semua matapelajaran Pentaksiran Bilik Darjah Tahun 6 di sekolah rendah.
- Bersekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia atau sekolah rendah swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (keutamaan diberi kepada murid luar bandar
- Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun
- Pemohon dari keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita (pendapatan ibu bapa bahagi jumlah tanggungan) kurang RM2000.00 sebulan.
- Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia.
- Pemohon sihat fizikal, mental dan emosi dengan mendapat pengesahan doktor. Pemohon tidak cacat fizikal yang menyukarkan bergerak atau berjalan seperti naik turun bas, bersukan dan lain-lain.
Cara Permohonan
- Mengisi Borang Permohonan (ATAS TALIAN) Kemasukan Ke Tingkatan 1 Tahun 2022
- Mencetak borang permohonan atas talian yang telah lengkap dan menghantar beserta dengan dokumen yang diperlukan ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar melalui serahan tangan atau melalui pos sebelum atau pada 11 Februari 2022
- Dokumen yang diperlukan:
- Keputusan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) – 1 salinan
- Keputusan UPKK (sekiranya ada) – 1 salinan
- Sijil PAJSK – 1 salinan
- Kad Pengenalan Pemohon , ibu, bapa/penjaga – 1 salinan
- Sijil Lahir Pemohon,Ibu atau bapa – 1 salinan (Bagi pemohon/ibu/ bapa
yang tidak lahir di Selangor , sila isi Borang Pengesahan Pemastautin) - Slip Gaji Ibu,Bapa/Penjaga – 1 salinan (Bagi ibu,bapa/penjaga yang
tidak mempunyai slip gaji, sila isi Borang Pengesahan Pendapatan).
*Semua dokumen di atas perlu disahkan.
- Pengesahan hendaklah dibuat oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Pengurusan dan
Profesional/ PengerusiJKKK/ Penyelia Pembangunan Mukim/ Penghulu/ Ketua Kampung
dan yang setaraf dengannya . - Borang dan dokumen yang telah lengkap perlu dihantar ke alamat:
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Yayasan Selangor
Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor,
No. 18A, Persiaran Barat,
46000 Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-7669 1218 / 1158 / 1177 / 1150 / 1141
Faks : 03-7954 1790 / 1862
Email : [email protected] - Menunggu jawapan permohonan sama ada Berjaya / Gagal selewat-lewatnya
1 minggu sebelum tarikh pendaftaran ke tingkatan 1. - Mengisi Borang Rayuan sekiranya Tidak Berjaya mendapat tawaran namun
masih berminat untuk mendapat penempatan.
Baca juga: MyASNB: Cara Daftar ASB Online, Semak Penyata, Dividen & Pengeluaran
Borang Permohonan
Sila muat turun borang permohonan di sini:
- Borang Permohonan Tingkatan 1 2022 (Atas Talian)
- Borang Pengesahan Pemastautin
- Borang Pengesahan Pendapatan
Kaedah Permohonan
Kriteria Kelayakan
Permohonan Asrama / Sekolah Pilihan
Hubungi Kami
Tarikh Permohonan
- Permohonan Pengambilan : 25 Januari 2022
- Tarikh Tutup Permohonan : 11 Februari 2022
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian 03-76691218/1158/1117/1150 atau 1141 serta layari laman sesawang www.yayasanselangor.org.my
ATAU
Muat turun Brosur di SINI.
ATAU
Sila hubungi:
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Yayasan SelangorTingkat 17,
Menara Yayasan Selangor,
No. 18A, Persiaran Barat,
46000 Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-7669 1218 / 1158 / 1177 / 1150 / 1141
Faks : 03-7954 1790 / 1862
Email : [email protected]