Makluman Bayaran BPR Fasa 3 / Rayuan Bagi Penerima Tunai Di BSN
Notis BSN Berkenaan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 Fasa 3
Seperti yang diumumkan oleh Tengku Zafrul menerusi Siaran Media Kementerian Kewangan Malaysia, bayaran BPR Fasa 3 dan rayuan yang lulus akan mula dikreditkan pada 28 September 2021 (Selasa) secara berperingkat.
Sebahagian besar penerima yang menggunakan akaun BSN telah menerima bantuan lebih awal, iaitu pada 26/27 September.
Manakala bagi penerima tunai, anda boleh membuat tuntutan bayaran mulai 28 September 2021 di kaunter BSN.
Bayaran BPR Fasa 3 / Rayuan Bagi Penerima Tunai Di BSN
Berikut adalah notis rasmi dari BSN berkenaan Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 Fasa 3:
- Untuk menerima bayaran BPR secara tunai, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.
- Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKC Fasa 1.
- Pelanggan juga diminta untuk mempraktikkan penjarakan fizikal sejauh 1 meter dan wajib memakai topeng muka semasa melakukan transaksi perbankan di mana-mana ATM rangkaian MEPS dan di kaunter Cawangan BSN.
- Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900.
Cara Semakan Status
Untuk memastikan bahawa anda adalah penerima BSN yang layak, sila buat semakan status terlebih dahulu sebelum ke kaunter.
Cara membuat semakan status adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi BPN iaitu https://bpr.hasil.gov.my/
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad yang didaftarkan.
- Tekan butang ‘Semakan Status’.
- Jika sistem telah menerima permohonan anda, status ‘Permohonan Diterima’ akan dipaparkan.
- Sila klik pada ‘Maklumat Bayaran’ untuk penerangan lanjut.
- ‘Dalam Proses Pengkreditan’ = bermakna wang akan dikreditkan melalui akaun bank. Maklumat bayaran / akaun bank anda akan dipaparkan. (LULUS)
- Jika tiada maklumat di atas, sama ada permohonan anda masih diproses atau jika dipaparkan ‘Alasan’ = akan diterangkan kenapa tidak lulus (TIDAK LULUS)
Jumlah Bayaran BPR Fasa 3 Yang Akan Diterima
Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:
KADAR BAYARAN BPR FASA KETIGA
- Kategori Isi Rumah berpendapatan RM5000 ke bawah: RM100-RM1100 (Bergantung kepada bilangan anak)
Sila rujuk jadual berikut untuk perincian pembayaran:
Jumlah yang akan diterima bagi pemohon yang Lulus BPR Fasa 2 (Bukan penerima Fasa Pertama)
Jumlah bayaran BPR Fasa 3 bagi yang telah mengemaskini status bujang kepada berkahwin semasa BPR Fasa 2.
Maklumat Lanjut Tentang Bayaran Tunai BPR Fasa 3
Untuk mendapatkan info terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR 2021, sila rujuk
- Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my
- Hotline BPR LHDNM : 1-800-88-2747
- Hotline BPR MoF : Hotline BPR MoF
- E-mel : Hotline BPR MoF
Untuk maklumat lanjut tentang permohonan dan kemaskini maklumat, sila rujuk : https://www.pmo.gov.my/…/kenyataan-media-yab-perdana…/