Rayuan STR Fasa 3: Cara Membuat Permohonan Semula
Rayuan STR 2023 | Cara Membuat Permohonan Semula STR Fasa 3
Seperti yang diketahui umum, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 telah pun mula dikreditkan ke akaun penerima bermula 26 Jun 2023.
Walaubagaimanapun, terdapat sebahagian yang tidak lulus permohonan.
Sekiranya anda adalah merupakan salah satu daripadanya, mari teruskan membaca untuk mengetahui alasan permohonan anda tidak lulus dan cara membuat permohonan semula.
STR FASA 3
Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 ini telah dipercepatkan dan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha berbanding perancangan awal pada bulan Julai 2023 bagi meringankan beban kewangan rakyat. Kenyataan ini telah diumumkan oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia.
Para penerima yang layak akan menerima bayaran sebanyak RM100 sehingga RM1,300 mengikut kategori pemohon berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.
Seperti STR Fasa 1 & 2, Pembayaran akan dilakukan secara automatik terus ke dalam akaun bank penerima. Manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian boleh dilakukan di cawangan BSN Malaysia.
BACA JUGA: STR Fasa 3: Cara Semakan Status, Jumlah & Tarikh Bayaran
Tarikh Bayaran STR Fasa 3
Pembayaran STR Fasa 3 ini akan dikreditkan bermula 26 Jun – 5 Julai 2023 untuk penerima yang mempunyai akaun bank.
Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian boleh dilakukan di cawangan BSN Malaysia mulai 26 Jun 2023.
Sehubungan itu, anda boleh menyemak status kelulusan anda bermula tarikh yang sama iaitu, 26 Jun 2023 melalui portal berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Semakan Status Tidak Lulus & Alasan
Sekiranya status semakan menyatakan TIDAK LULUS, usah risau. Anda boleh membuat permohonan semula atau rayuan STR bermula 3 hingga 31 Julai 2023.
NOTA: Cara untuk mengetahui kenapa STR Fasa 3 anda tidak lulus, anda boleh buat semakan melalui portal berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/ . Pergi menu > Semakan Status.
Cara Permohonan Rayuan STR Fasa 3
Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian ATAU melalui manual; isi borang kertas secara manual di kaunter LHDNM berdekatan anda.
Untuk membuat rayuan secara dalam talian (online), sila ke laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
NOTA:
- Permohonan Rayuan STR 2023 secara dalam talian boleh dibuat bagi pemohon yang berstatus Tidak Lulus tertentu sahaja.
- Rayuan Tambahan tidak dibenarkan kepada Permohonan Lulus STR kategori Isi Rumah dengan amaun kelulusan asas sebanyak RM2,500.
BACA JUGA: STR Tambahan (RM600): Tarikh Bayaran & Semakan Kelayakan
Maklumat Lanjut & Pertanyaan Berkenaan Rayuan STR
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai rayuan STR, sila hubungi Pejabat LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM; 1-800-88-2747
- Laman web: https://belanjawan.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html
- Emel: [email protected]
Anda juga boleh rujuk Soalan Lazim (FAQ) Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 melalui lampiran di bawah: