PSP PERKESO: Permohonan Kit Ujian Kendiri Program Saringan Prihatin

Tahukah anda, PERKESO membekalkan kemudaha kit ujian kendiri (self-test kit) COVID-19 di bawah Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan kepada majikan yang ingin melaksanakan ujian saringan COVID-19 kepada pekerja mereka?

Jumlah kit ujian yang dibekalkan kepada majikan adalah bergantung kepada bilangan pekerja yang aktif mencarum dengan PERKESO.

Bagi majikan yang berminat, sila rujuk info penuh di bawah.

PSP PERKESO : Permohonan RTK Untuk Pekerja

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah melaksanakan Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan bermula 6 September 2021 bagi memberikan kemudahan kepada majikan untuk melaksanakan ujian saringan COVID-19 di kalangan pekerja. Program ini terbuka kepada semua pekerja termasuk pekerja asing yang aktif mencarum dengan PERKESO dalam semua sektor pekerjaan.

Melalui program ini, PERKESO membekalkan Rapid Test Kit (RTK) Antigen kepada majikan dan majikan bertanggungjawab untuk menyelaraskan ujian saringan COVID-19 dengan klinik yang dipilih oleh majikan sendiri. Majikan juga perlu menanggung kos perkhidmatan bagi ujian saringan yang dijalankan di klinik.

psp perkeso

Bagi memberikan kemudahan kepada majikan untuk melaksanakan ujian saringan COVID-19 dengan lebih mudah dan pantas, PERKESO akan turut membekalkan kit ujian COVID-19 kendiri (self-test COVID-19 test kit) melalui program ini.

Susulan dengan pengenalan bekalan kit ujian yang baru, majikan yang masih belum membuat permohonan kit ujian sebelum ini, boleh membuat pilihan jenis kit ujian sama ada Rapid Test Kit (RTK) Antigen yang dijalankan secara profesional oleh klinik atau Self-Test COVID-19 Test Kit yang boleh dijalankan secara kendiri.

Kit ujian ini akan dibekalkan kepada majikan berdasarkan bilangan pekerja yang aktif mencarum dengan PERKESO.

Baca juga : Pekerja Positif COVID Boleh Claim PERKESO. Ini Syarat & Cara Tuntutan

Tarikh Permohonan

Permohonan boleh dibuat bermula 30 September 2021.

Syarat Kelayakan

Program ini terbuka kepada semua majikan yang aktif mencarum dengan PERKESO di mana semua pekerja termasuk pekerja asing adalah layak berdasarkan semakan caruman aktif pekerja dalam Portal ASSIST PERKESO.

psp perkeso

Cara Permohonan

Majikan boleh membuat permohonan kit ujian melalui Portal PSP (https://psp.perkeso.gov.my).

Majikan perlu membuat pendaftaran program terlebih dahulu.

Bilangan pekerja yang layak akan ditentukan berdasarkan semakan caruman aktif pekerja dalam Portal ASSIST PERKESO.

Sekiranya bilangan kit ujian yang ingin dimohon melebihi bilangan pekerja yang layak, majikan hendaklah mengemaskini jumlah pekerja dan caruman di Portal ASSIST PERKESO.

Majikan juga perlu memastikan dan mengesahkan jumlah permohonan kit ujian yang dimohon adalah bertepatan dengan jumlah pekerja yang mencarum di bawah kod majikan masing-masing.

Panduan permohonan dan pembekalan kit ujian kepada majikan boleh dirujuk di Garis Panduan Majikan Bagi Pelaksanaan Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan yang boleh didapati di Portal PSP (https://psp.perkeso.gov.my/)

Maklumat Lanjut

Sila rujuk Soalan Lazim melalui lampiran di bawah:

Majikan juga boleh menghubungi PERKESO melalui talian 03-4264 5089 atau 1-300-22-8000, atau emel ke [email protected]

Info lanjut, sila layari Portal Program Saringan Prihatin di pautan https://psp.perkeso.gov.my.

Baca juga: SIP Prihatin 2.0: Elaun Mencari Pekerjaan RM1000 Bagi Bukan Pencarum PERKESO

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: