PSU 5.0: Permohonan SIP Subsidi Upah Bersasar 2022

PSU 5.0 atau SIP Subsidi Upah Bersasar memberikan bantuan kewangan kepada majikan dalam sektor pelancongan yang tidak dapat beroperasi akibat wabak COVID-19.

Majikan yang mengalami penurunan pendapatan sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah jualan atau pendapatan layak memohon subsidi upah.

SIP Subsidi Upah Bersasar atau PSU 5.0 adalah penjenamaan semula kepada program terdahulu iaitu Program Subsidi Upah.

Permohonan kini dibuka sehingga 31 Mac 2022.

sip 5.0

Rujuk info selanjutnya tentang SIP Subsidi Upah Bersasar / PSU 5.0 melalui artikel ini.

Apakah SIP Subsidi Upah Bersasar / PSU 5.0?

PSU adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan.

Tujuan PSU ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 serta penutupan operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.

Program ini ditambahbaik dengan penetapan tiada had gaji pekerja pada PSU 4.0 dan dikekalkan di bawah PSU 5.0 (sebelum ini had gaji pekerja RM4,000 dan ke bawah setiap bulan). Terhad kepada 500 pekerja setiap permohonan.

Majikan juga perlu memasukkan maklumat Subsidi Upah dalam slip gaji pekerja atau memberi notifikasi secara bertulis kepada pekerja berkenaan subsidi upah yang diterima untuk membayar gaji pekerja.

Baca juga:

Tarikh Permohonan / Kuatkuasa PSU 5.0

PSU 5.0 BAJET 2022 berkuatkuasa pada 1 Januari 2022.

Tarikh akhir permohonan PSU 5.0 BAJET 2022 adalah pada 31 Mac 2022 dan tertakhluk kepada peruntukan dana kerajaan di bawah BAJET 2022.

Syarat Kelayakan

Apakah syarat kelayakan majikan untuk memohon SIP Subsidi Upah Bersasar dan faedah yang akan diterima?

  • Majikan dan Perusahaan daripada sektor pelancongan dan yang berkaitan dengannya.
  • Kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulan Oktober/November/Disember bagi tahun 2021 berbanding dengan mana-mana bulan pada tahun 2019 / 2020 / 2021 sebelum penularan wabak COVID-19.
  • Contohnya, aktiviti perhotelan, penerbangan, agensi pelancongan, agensi pengurup wang dan lain-lain perusahaan yang berkaitan dengannya.
  • Senarai aktiviti industri yang berkaitan seperti senarai di Lampiran A di bawah.

Senarai Sektor Yang Terlibat

Berikut adalah senarai sektor dan aktiviti industri yang layak untuk memohon PSU 5.0 :

Lampiran A

NOTA

  • Majikan dari sektor dan aktiviti industri yang tidak tersenarai dan masih terjejas akibat penularan wabak COVID-19 BOLEH mengemukakan rayuan secara atas talian melalui pautan https://eaduansip.perkeso.gov.my/rayuansektornegatif.php
  • PERKESO berhak menentukan keputusan untuk sebarang permohonan rayuan yang dikemukakan berdasarkan alasan dan dokumen yang munasabah dan keputusan adalah muktamad.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan https://psu.perkeso.gov.my/

Dokumen yang diperlukan ialah:

  1. Senarai nama pekerja (mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan)
  2. Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja)
  3. Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan
  4. Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan
  5. Akuan Pengisytiharan PSU 5.0

NOTA

  • Semua majikan yang layak adalah dikehendaki mengemukakan permohonan baru untuk SIP Subsidi Upah Bersasar (PSU 5.0) ini tanpa mengira pernah menerima bantuan PSU (PSU 1.0, PSU 2.0, PSU 3.0 atau PSU 4.0) sebelum ini atau tidak.
  • SIP Subsidi Upah Bersasar adalah lanjutan Program Subsidi Upah sebelum ini untuk tempoh bantuan selama 3 bulan kepada sektor pelancongan sahaja.
  • Majikan adalah dinasihatkan untuk membuat semakan dan kemaskini senarai pekerja di dalam portal pendaftaran dan caruman (Portal ASSIST) sebelum mengemukakan permohonan SIP Subsidi Upah Bersasar (PSU 5.0)
  • Sebarang perubahan kepada status perniagaan dan pengemaskinian maklumat pekerja atau pembatalan permohonan hendaklah dilaksanakan selewat-lewatnya pada 15 hari bulan atau sebelum bulan berkenaan.
  • Bagi perusahaan yang mempunyai lebih daripada satu cawangan yang berdaftar bawah satu SSM/ROB/ROC/PBT atau lain-lain pertubuhan akan dianggap sebagai satu entiti di bawah SATU permohonan yang sama.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang PSU 5.0, sila semak Terma dan syarat kelayakan boleh rujuk di soalan-soalan lazim SIP Subsidi Upah Bersasar (PSU 5.0).

Aduan dan pertanyaan, sila kemukakan di pautan eaduansip.perkeso.gov.my

Daftar sekarang di Portal Prihatin di https://prihatin.perkeso.gov.my.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: