SPIM Tekun: Permohonan Skim Pembiayaan Informal & Mikro 2022

spim tekun

Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM) TEKUN 2022

Berita baik untuk peniaga / PKS mikro!

Permohonan Skim Pembiayaan Informal & Mikro bagi tahun 2022 kini dibuka.

Skim ini menawarkan pembiayaan sehingga RM10,000 pada kadar keuntungan kosong peratus (0%) berserta moratorium selama 12 bulan dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro.

Ketahui lebih lanjut tentang SPIM Tekun melalui penerangan di bawah.

Apakah Skim Pembiayaan Informal TEKUN 2022? (SPIM)

Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM) adalah skim yang menawarkan pembiayaan sehingga RM10,000 pada kadar keuntungan kosong peratus ( 0% ) berserta moratorium selama 12 bulan dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro.

Objektif pembiayaan adalah salah satu usaha Kerajaan memperbanyak akses pembiayaan kepada sektor perniagaan, terutamanya untuk pengusaha PMKS dan sektor informal.

Syarat Permohonan

Syarat asas pembiayaan adalah sama seperti syarat pembiayaan yang sedia ada seperti berikut:

  • Bumiputera / India dan warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  • Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM) ATAU pengesahan menjalankan perniagaan daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung ( JPKK ) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK ) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan ( JPKKP ) / Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak atau kupon / permit perniagaan oleh jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu.
  • Mempunyai tempat perniagaan yang khusus atau bergerak.
  • Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan kebankrapan
  • Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah patuh Syariah.

Baca juga:

Nilai Pembiayaan

Nilai pembiayaan yang akan disalurkan adalah dari RM1,000 sehingga RM10,000 bagi setiap usahawan mengikut kelayakan serta tertakluk kepada terma dan syarat-syarat asas TEKUN Nasional.

  • RM1,000 – RM5,000 bagi usahawan yang tidak mempunyai lesen / permit daripada PBT atau daftar perniagaan yang sah (SSM).
  • RM1,000 – RM10,000 bagi usahawan TEKUN sedia ada atau usahawan baru yang mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah (SSM).

Kadar yang dikenakan adalah sebanyak 0 %.

Jenis Perniagaan Yang Boleh Memohon

Usahawan yang menjalankan perniagaan secara kecilan, penjaja kecil , peniaga yang menjalankan perniagaan dari rumah ( home-based business), peniaga yang menjalankan perniagaan secara bergerak (mobile business), peniaga yang menjalankan perniagaan atas talian ( online business ) dan perniaga yang menawarkan perkhidmatan penghantaran ( delivery services)

Cara Permohonan SPIM TEKUN

Calon yang berminat boleh membuat permohonan melalui 2 kaedah berikut:

  1. Pejabat cawangan berhampiran dengan premis.

Senarai pejabat cawangan TEKUN: https://www.tekun.gov.my/ms/connections/

  1. Secara dalam talian https://tekunfin.tekun.gov.my/

Maklumat Lanjut

SOALAN LAZIM: https://www.tekun.gov.my/ms/usahawan-tekun/soalan-lazim-skim-pembiayaan-informal-mikro-spim/

TALIAN HOTLINE: 03-9059 8888