Bantuan Tiket Kapal Terbang Untuk Pelajar IPT 2023

Bantuan Tiket Kapal Terbang Untuk Pelajar IPT, Sabah & Sarawak ~ Berita baik untuk pelajar IPT! 

Kerajaan bersetuju memberikan subsidi RM300 bagi tiket penerbangan pelajar universiti awam untuk laluan domestik Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan mulai 15 Ogos 2023 ini.

Inisiatif ini dijangkakan bakal memanfaatkan 56,000 pelajar universiti awam dengan implikasi kos sebanyak RM16.8 juta.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai bantuan ini. 

Bantuan Tiket Kapal Terbang Untuk Pelajar IPT

Kerajaan telah mengumumkan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan pelajar IPTA bagi laluan domestik Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan. Ini adalah bagi membantu meringankan beban para pelajar yang perlu menaiki kapal terbang untuk pergi dan balik daripada universiti masing-masing. 

Bantuan Tiket Kapal Terbang Untuk Pelajar IPT - Cara Memohon & Syarat Kelayakan

Selain itu, ia merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Perpaduan untuk mengeratkan hubungan antara Semenanjung, Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan di samping menangani isu kos sara hidup selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

Inisiatif ini akan diberikan melalui kaedah kredit di mana syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar yang layak untuk ditebus bagi maksud pembelian tiket penerbangan bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan. 

BACA JUGA: Bantuan Pendidikan BAKTIDESA Untuk Kemasukan Sekolah & IPT

Tarikh Permohonan Dibuka & Tarikh Tutup

Permohonan bantuan subsidi tiket penerbangan ini boleh dimohon bermula 15 Ogos 2023 sehingga 1 Oktober 2023. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.

Pelajar boleh merancang tarikh penerbangan dan sekiranya baucer tersebut mempunyai baki, ia boleh digunakan untuk penerbangan seterusnya dengan menambah wang sendiri jika tidak mencukupi.

Jumlah Subsidi Bantuan Tiket Kapal Terbang

Pelajar akan menerima bantuan subsidi RM300 melalui kaedah kredit di mana syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar yang layak untuk ditebus.

Terma dan Syarat

Berikut ialah antara terma dan syarat untuk pemohon untuk mendapatkan bantuan subsidi tiket penerbangan ini. 

1. Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam pada tahun 2023 dalam kategori berikut:

  • berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung;
  • berasal dari Semenanjung (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
  • berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
  • berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau
  • berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak. 

2. Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan; 

  • kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan). 

3. Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly dan MYAirline. 

Cara Memohon

Untuk memohon bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan, sila ikuti langkah-langkah dibawah:

1. Buat semakan kelayakan

Pelajar perlu membuat semakan kelayakan bagi mengetahui status sama ada layak untuk memohon bantuan subsidi tiket penerbangan ini atau tidak. 

Semakan boleh dilakukan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan yang akan dimaklumkan nanti. 

Sekiranya pelajar didapati tidak layak, pelajar boleh membuat semakan dan rayuan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui universiti masing-masing. 

2. Buat permohonan:

Setelah membuat semakan dan mendapati anda layak untuk memohon, sila buat permohonan di laman sesawang syarikat penerbangan yang dipilih oleh pelajar. 

3. Pilih syarikat penerbangan & gunakan baucer yang diberikan : 

Setelah menerima permohonan tersebut, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar sebagai credit shell untuk membeli tiket penerbangan.

Gunakan baucar untuk membuat pembelian tiket penerbangan bagi laluan-laluan yang dibenarkan sahaja. 

Sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM300, baki baucer digital akan kekal dalam credit shell untuk digunakan bagi pembelian tiket seterusnya – Rujuk Lampiran 1 untuk contoh. 

Bantuan Tiket Kapal Terbang Untuk Pelajar IPT - Cara Memohon & Syarat Kelayakan
Bantuan Tiket Kapal Terbang Untuk Pelajar IPT - Cara Memohon & Syarat Kelayakan

Maklumat Lanjut 

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan subsidi tiket kapal terbang untuk pelajar IPT dengan melayari laman web rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia, atau  Facebook Rasmi Kementerian Pengangkutan (Ministry of Transport Malaysia)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: