Moratorium PTPTN 2021: Permohonan Online Dibuka Dari 5 Januari 2021
MORATORIUM PTPTN 2021: PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN DILANJUTKAN SELAMA TIGA BULAN
Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga (3) bulan lagi kepada peminjam yang layak.
Keputusan ini diambil kerana kerajaan prihatin dan menyedari terdapat peminjam PTPTN yang masih terkesan dengan pandemik Covid-19 dan belum berupaya membuat bayaran balik pinjaman.
Baca juga: PSU 3.0: Permohonan Program Subsidi Upah 2021 Mulai 1 Januari
Permohonan Moratorium PTPTN 2021 Bermula 5 Januari – 31 Mac
Peminjam PTPTN yang terkesan boleh mengemukakan permohonan melalui portal rasmi PTPTN mulai 5 Januari 2021 hingga 31 Mac 2021.
Tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman bermula dari bulan permohonan pelanjutan diluluskan.
Butiran sepenuhnya berkenaan pelaksanaan pelanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman ini akan diperincikan oleh PTPTN.
Sebelum ini, kerajaan telah menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN mulai 19 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020 kepada semua peminjam PTPTN berikutan pandemik Covid-19.
Diharapkan pengumuman ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh peminjam PTPTN.
*Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Baca juga: Duit Kertas Rosak Jangan Buang! Ini Cara Nak Tukar Dekat Bank
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000 yang beroperasi Isnin hingga Jumaat dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Rujuk maklumat terkini di media sosial rasmi PTPTN:
- Facebook: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
- Twitter: PTPTN
Tentang PTPTN
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.
FUNGSI PTPTN :
- Menguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi dan mengutip bayaran balik pinjaman;
- Menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi; dan
- Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis.