Ini Perkara Penting Yang Patut Anda Lakukan Jika Dah Habis Bayar Loan Kereta

Jika anda melakukan pinjaman Bank untuk kereta dan motosikal,ada beberapa perkara yang perlu anda teliti.

Perkara ini telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Pn Izzati. Jelasnya, kita perlu teliti bahagian bawah geran kereta atau motosikal bagi memastikan hak milik kenderaan tidak menjadi milik Bank sepenuhnya.

Ikutu penjelasan beliau di bawah ini:

Sudah habis bayar loan kereta dan motosikal??
Cuba lihat pada bahagian bawah geran kenderaan anda. Nampak tak ada satu ayat yang tertera bahawa hak milik kenderaan tersebut dituntut oleh Bank pinjaman anda??

Soalan:
Apa yang perlu anda lakukan sekarang??

Jawapan:
Anda perlu batalkan nama Bank pinjaman itu dengan E-Batal.
Maksud E-Batal adalah kenderaan tersebut masih menjadi hak milik bank atau pemberi pinjaman kewangan. Jadi, kenderaan tersebut bukanlah hak milik anda sepenuhnya lagi.

Bagi mendapatkan hak anda sebagai pemilik kenderaan terbabit, langkah penting adalah dengan menghapuskan status hak milik dari pemiutang kepada hak milik anda secara mutlak.

Urusan menyelesaikan hak milik dari pemberi pinjaman dipanggil E-Batal. Syarat utama untuk E-Batal adalah BAYARAN PINJAMAN HENDAKLAH SUDAH HABIS DIBAYAR SEPENUHNYA.


Baca juga: Cara Buka Akaun CIMB Online Tanpa Ke Kaunter. Kad Debit Dihantar Ke Rumah!

Kredit foto: Facebook Saja Share

Cara-caranya:

  • Selesai sahaja pembayaran terakhir, anda akan diberikan geran asal oleh syarikat kereta yang anda berurusan.
  • Pastikan dan dapatkan surat pelepasan dari Bank peminjam untuk meneruskan prosedur pembatalan ini. Namun, lebih baik lagi jika surat pelepasan tersebut terus mereka hantarkan kepada JPJ.
  • Kerap bertanya kepada Bank peminjam sama ada surat pelepasan sudah dikeluarkan dan telah dihantar ke JPJ ataupun tidak. Jika sudah dihantar, terus ke cawangan JPJ berhampiran tempat tinggal anda.
  • Kemudian, anda perlu hadir ke cawangan JPJ berhampiran untuk mematikan dan/atau membatalkan hak milik Bank peminjam itu. Tujuan ini adalah untuk mengeluarkan nama Bank peminjam daripada geran asal kenderaan tersebut.

Di cawangan JPJ tersebut juga, jangan lupa untuk pastikan terdapatnya cop E-Batal pada geran kenderaan anda mengikut prosedur mereka. Jangan risau, proses mengecop E-Batal bukanlah perkara yang rumit. Selepas geran tersebut telah di cop, kereta tersebut telah menjadi milik anda sepenuhnya. Senang kan??

Kesimpulannya,prosedur selesaikan E-Batal di JPJ amat mudah sebenarnya. Ramai yang masih belum mengetahui perkara yang perlu dilakukan selepas habis bayar pinjaman kereta.

Ada juga sehingga bertahun-tahun masih tidak membatalkan lagi hak milik itu jadi, bagi anda yang masih belum batalkan hak milik kereta, sila berbuat sedemikian untuk memudahkan urusan anda di kemudian hari.

Klik DISINI untuk semak maklumat tuntutan hak milik kenderaan anda

Kredit: Facebook Saje Share

Baca juga: Duit Hilang Dalam Akaun Bank, Ini Cara Buat Report & Dapatkan Balik Duit

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: