Bob Lokman Meninggal Dunia
KOTA BHARU : Penulis lirik terkemuka tanah air yang juga pelakon terkenal Bob Lokman, 58, meninggal dunia hari ini.
Difahamkan Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman meninggal dunia di kampung halamannya di Kubang Kerian.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan penulis lirik itu bergantung nyawa pada jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator.
*اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْن *
*اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ*
Innalillahi wainna illaihirojiun…
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarga beliau, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
Pada Jun lalu, difahamkan penulis lirik dan pelakon terkenal, Bob Lokman, 58, berkata, tahap penggunaan jantungnya kini hanya tinggal 10 peratus.
Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman berkata, pada waktu tersebut dirinya hanya bergantung nyawa pada jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC).
“Saya kini berada di rumah dan tidak berapa sihat. Keadaan jantung saya juga kini tinggal 10 peratus sahaja lagi.
“Selagi bateri ini tidak mati, selagi itu saya bernafas. Apabila sudah sampai ajal, habislah. Tunggu waktu sampai sahajalah.
“Selagi sempat, selagi itulah kita mencari kesempatan untuk menjadi lebih baik,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Bok Lokman perlu menjalani rawatan susulan setiap tiga bulan sekali bagi memantau tahap kesihatannya selain bergantung kepada ubat-ubatan diberikan hospital.
Pelakon itu bagaimanapun menitipkan kesyukuran dan hanya berserah kepada keajaiban kepada kuasa tuhan terhadap dirinya.
“Rawatan susulan di hospital untuk berjumpa doktor memang ada iaitu tiga bulan sekali. Jantung ini seperti bateri, walau setiap hari cas pun, makin lama makin kurang juga.
“Itulah, kita boleh jangka apa, ia sentiasa berjalan dan bergerak. Badan pula gemuk, banyak yang tidak sihat. Jantung tidak kuat, namun perlu banyak juga menggunakan jantung.
“Tidur pakai jantung, makan dan buang air pun pakai jantung. Jadi, semakin teruk jantung itu. Tidak boleh nak jangka apa, cuma bersyukur sahaja. Selagi ada umur, saya bersyukur sahaja,” katanya.
Pelakon filem Iskandar itu menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah, sejak 1 Oktober tahun lalu, berikutan jantung pada bahagian atas tidak berfungsi dengan baik.
Pada April lalu, Bob Lokman terpaksa mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Rawatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sasmec@lIUM) di Kuantan, Pahang ekoran kesihatannya kembali menyusut akibat masalah buah pinggang.
Mari kita sedekahkan al-Fatihah buat beliau…
Baca juga: