Cara ‘Detect’ Pencuri Wifi Rumah Anda. Boleh ‘Block’ Terus!

Zaman sekarang internet sudah menjadi keperluan setiap orang. Tidak kira di mana sahaja kita pergi, mesti kita akan cari internet dahulu bukan?

Jadi rata-rata kita mesti sudah pasang internet di rumah. Bukan apa, ianya lebih stabil dan memudahkan terutamanya di waktu pandemik ini rata-rata orang bekerja dari rumah.

Namun, ada ketika internet yang dipasang menjadi perlahan bukan? Sudahlah bayar bulanan mahal tetapi kelajuan yang diperoleh macam siput.

Antara punca internet anda perlahan ialah liputan penyedia perkhidmatan internet dan juga terlalu ramai menggunakan wifi internet yang sama.

Tahukah anda, sebenarnya anda boleh ‘block’ sesiapa sahaja yang anda rasa menjadi pencuri wifi internet anda. Pengguna TikTok @hafizi.zain tunjukkan caranya.

Baca juga : Promosi Untuk Peranti Xiaomi Sempena Pembukaan 10 Kedai Baharu Di Malaysia

Langkah 1

Muat turun dan install aplikasi Fing secara percuma di Google Playstore atau App Store

Langkah 2

Selepas install, masuk ke aplikasi Fing dan ikut tetapan dengan menekan butang next, terima terma dan syarat dan enable location.

Langkah 3

Pastikan anda sudah connect pada wifi anda dan anda boleh tekan butang ‘scan device’

Langkah 4

Aplikasi Fing akan menunjukkan beberapa nama peranti lain yang ‘mencuri’ wifi anda

Langkah 5

Untuk membuat peranti yang bukan milik anda, klik butang ‘remove device’.

Bagi yang nak tengok video perkongsian tersebut boleh lihat di video di bawah ini.

@hafizi.zain Jom Detect Sape Pencuri Wifi Rumah Korang! 😈 #tiktokguru #viral #tipswifi #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #foryou ♬ Epic Music(842228) – Pavel

Sumber: TikTok hafizi.zain

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: